Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

(World Cup 2010) Pasukan Pilihanku Kecundang, #NED vs #ESP Di Perlawanan Akhir

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN AKHIR WORLD CUP 2010

Seperti yang korang semua dah sedia maklum, Germany telah dikecundangkan oleh Sepanyol pada perlawanan separuh akhir antara mereka yang berlangsung pagi tadi. Nampaknya, ramalan si ‘paul the octopus‘ betul (tapi yang ni jangan percaya bulat-bulat, anggap saja ianya satu kebetulan). Agak kecewa juga bila pasukan yang aku nak lihat beraksi di perlawanan akhir gagal melayakkan diri.

Jika dilihat dari perlawanan tu, aku sendiri dah boleh agak yang Germany akan kalah sebab sedari awal permainan, bola lebih banyak dikuasai oleh Sepanyol. Ditambah lagi dengan serangan bertubi-tubi yang benar-benar membuatkan penyokong Germany tak senang duduk. Kalau ada yang sakit jantung, silap-silap boleh ‘gol’ dibuatnya. Huhu.. Manakala Germany pula aku lihat lebih banyak bertahan. Dan paling tak boleh blah, permainan diorang seakan tak menjadi.

Tapi semuanya sudah pun berlaku dan harapan hanya tinggal harapan, jadi terima sajalah walaupun kenyataannya agak pahit untuk diterima T_T

World Cup 2010 pula sudah sampai ke penghujungnya dimana Netherlands (NED) dan Spain (ESP) akan beraksi pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 12. Julai 2010 jam 2.30 pagi waktu Malaysia. So, pasukan manakah yang menjadi pilihan korang untuk menjulang dan membawa pulang ‘piala cawan’ bersalut emas tu?

Jika dilihat dari permainan kedua-dua pasukan pada separuh akhir, aku pilih ESP yang akan membawa pulang ‘piala cawan’ tu sebab diorang punya pertahanan dan serangan agak seimbang. Tapi NED yang sinonim dengan permainan ‘lambat panas’ pula tak boleh dipandang enteng sebab permainan diorang agak sukar untuk dijangka.

Akhir kata. hopefully Germany layak masuk ke World Cup 2014 nanti.

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 8 July '10 - Kategori: Miscellaneous, Personal

Tagged: , , , , , , , , , , , , , .

10 Comments to “(World Cup 2010) Pasukan Pilihanku Kecundang, #NED vs #ESP Di Perlawanan Akhir”

08.07.10 at 18:10
Posted by Azuan

Tapi spain semalam bermain agak baik.. PUYOL dengan selamba lompat tinggi untuk menanduk bola, then gol.. :) *Entri terbaru kat Azuan´s [type]: Perlawanan Akhir World Cup 2010 – Netherlands Vs Spain

[Reply]

08.07.10 at 21:18
Posted by apiih

GO!! GO!! ESP..u can do IT..JUST DO IT…ahahaha
*Entri terbaru kat apiih´s [type]: Perompak Ditangkap Angkara Facebook-nya

[Reply]

ershad Reply:

gua sokong sepanyol sejak awal lagi. he he he

[Reply]

09.07.10 at 01:11
Posted by jack

go go espanyole!
*Entri terbaru kat jack´s [type]: Makanan Untuk Sembuhkan Sakit Lutut

[Reply]

09.07.10 at 15:10
Posted by hans

hopefully Spain juara tahun nih

[Reply]

09.07.10 at 15:45
Posted by fyzal

semua pasukan boleh cuba lagi 4 tahun. hehehe.
*Entri terbaru kat fyzal´s [type]: Trust Fund To Save Dolphins

[Reply]

09.07.10 at 23:21
Posted by Syafrizal

lawa awek Jerman hehe
Takpe.. 2 tahun lagi ada Piala Eropah plak hehe
*Entri terbaru kat Syafrizal´s [type]: Tema WordPress terbaru dari Elegant Themes

[Reply]

10.07.10 at 06:56
Posted by mohdisa

aku pilih spain menang, apa yang aku lihat waktu permainan di separuh akhir. kelebihan memihak spain dengan kawalan permainan secara menyeluruh. tetapi tak boleh yakin sangat. sebab ned berpeluang untuk melakukan counter attack. hehe, apa2 pun. kita lihat sahaja nnt. :) *Entri terbaru kat mohdisa´s [type]: Blogger Yang Berjaya

[Reply]

11.07.10 at 16:49
Posted by Cik Nass

I vote for SPAIN!

[Reply]

21.07.10 at 19:54
Posted by intanberlian

nasib baik tak minat bola.hehe

[Reply]








CommentLuv badge