Wan pun nak live blogging jugalah

Yeah, nampaknya percubaan pertama Wan membuat posting ‘live blogging’ membuahkan hasil. Nak lihat? klik saja di sini yer. Ini bermakna, jika takde aral melintang, Wan akan cuba untuk terus ber’live blogging walaupun aktiviti seharian Wan taklah best sangat untuk dikongsikan. Maklumlah, Wan bukannya kerja kat company jalan-jalan cari makan plus Wan takde sen nak eat wind dan wash eyes selalu. Huhu..
Dan untuk memeriahkan lagi aktiviti live blogging yang sememangnya dah pun meriah sekarang ni (ayat cover jeles sebenarnya. Huhu..), insyaAllah Wan akan setup 1 blog baru yang hanya akan dikhusukan untuk Wan nyer live blogging. So, takde la blog ni nampak annoying dengan entri live blogging nanti kan even blog ni pada hakikatnya memang blog tangkap muat.
Ok la, cukup sampai sini je la yer sebab Wan pun dah tak tahu nak taip apa lagi dah ni. Taip panjang-panjang kang, takut entah apa-apa ntah plak yang keluar. Bukan ke na’ya je jadinya. Huhu.. Oh ya, sebelum terlupa Wan nak ucapkan thanks a lot kat TengkuAizat diatas tutorial sempoi beliau. Dengan tutorial tu ler Wan dah berjaya membuat post live blogging dengan hanya sekali percubaan sahaja. Sangat kool kan?
P/s 1: Enset Wan, enset cap ayam je. korang tak kisah kan?
P/s 2: Lepas Wan baca entri ni, rasa nak STOP je dari blogging.
P/s 3: Tak lama lagi hosting blog ni akan expired. Anyone nak sponsor?
P/s 4: Blog Wan untuk keyword Weblog Popular 1Malaysia dan hilang dari 1st page. Sedih siot :cry:



10 Comments to “Wan pun nak live blogging jugalah”