Wah, Asia Ceramic memang HOT!

Baru je semalam aku tulis entri makluman yang Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd sedang disiasat oleh Bank Negara Malaysia. Tapi kali ni nak bagi tau plak yang Asia Ceramic memang HOT. Ape k he ni yob? Dah nak masuk hospital bahagia ke kau ni Wan? Huhu..
Rilek, rilek.. Sebenarnya takde apa pun aku nak tulis pasal Asia Ceramic ni tapi memandangkan apa yang aku nak tulis ni masih berkaitan dengan word ‘Asia Ceramic’ tu sendiri, jadi tak salah aku letak tajuk macam yang kamu baca kat atas tu kan? Hehe..
Ok, apa yang aku nak bagi tau kat kamu semua berkaitan dengan tajuk yang aku letak kat atas tu ialah pelawat blog aku pada hari semalam meningkat dengat drastik melalui keyword Asia Ceramic (tapi tak ler drastik sangat macam blog para otai blogger tu).
Fuh, memang buat hidung aku kembang kempis beb. Apa taknya, tak pernah-pernah dapat pelawat banyak tu tiba-tiba meletup. Sape tak suka kan? Kat bawah ni screenshot statistik yang aku ambil dari akaun Nuffnang aku. Kalau sudi, jom la nengok reramai yer. Hehe

berdasarkan nuffnang statistik
Apa yang buat aku sangat gumbira dengan jumlah pelawat tersebut ialah kehadiran mereka adalah hasil dari carian mereka melalui search engine. Ini bermakna, kebanyakkan pelawat blog picisan aku semalam adalah pelawat organik. Maksudnya apa eh? Entah la. Hahaha..
Sebelum aku akhiri entri ni, nak tanya la kat kamu semua. Selain bermain dengan trend carian, apa lagi yang boleh digunakan untuk meningkatkan trafik yang berkesan ek? Dan 1 soalan cepumas dari aku. Agaknya boleh tak aku kekalkan visitor 300 keatas lepas ni? Huhu.. Larikkk..
Tips mungkin: Salah satu cara untuk meningkatkan dan memaintainkan trafik blog dengan berkesan adalah dengan meng’update blog berdasarkan trend carian semasa. Hehe..
P/s: Nasib baik aku tak ALERT dengan khabar ‘kematian’ Yasmin Ahmad semalam. Kalau tak, lagi meletup visitor kot. Apa-apa pun, semoga Yasmin Ahmad cepat sembuh dan aku minta maaf bebanyak kat kamu semua sebab entri kali ni sangat entah apa-apa ntah



15 Comments to “Wah, Asia Ceramic memang HOT!”