Umurku bertambah lagi…

Thanks I Luv Islam for the nice quote
Hari ni, 30. April 2010 bersamaan dengan 16 Jamadil Awwal 1431 Hijriah, umurku bertambah lagi. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana mengizinkan aku untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi’nya ini sekaligus memberi ruang serta peluang untuk aku mengumpul apa yang patut dikumpul.
Bila umur dah bertambah ni, terus terngiang-ngiang lagu Tobat Maksiat nyanyian Wali Band tu (KLIK SINI kalau nak dengar). Oh! Berapa banyakkah amalan ku? Sudah cukupkah sebelum Izrail datang mencabut nyawa-ku? *Sad. Kalau dosa tu tak payah cakap la. Silap2 ketinggian Gunung Everest pun kalah. Sob3
OK lah, itu je update sempena bertambahnya umur aku ni. Dan macam biasalah, takde sape pun nak bagi aku birthday present. Well, sape la aku ni kan? Huhu.. Hadiah dari diri sendiri pun tak terbeli sebab Miss I belum bagi aku duit. Melepas birthday wishlist aku. Takpe la, mungkin ada yang lebih baik yang akan aku terima.
Apa-apa pun, sebagai ganti birthday wishlist aku yang tak tercapai tu, aku wish yang entri ni akan mendapat 1000 komen sebelum 12.00am nanti. Ha3.. Serius, tak masuk akal langsung. UV pun tak sampai 100 sehari ngengada nak dapat komen 1k.





<- klik untuk tutup


19 Comments to “Umurku bertambah lagi…”