Tip Menuntut Duit Adsense Yang Dibayar Menggunakan Western Union
P/s: Tip ini sesuai untuk semua tuntutan duit yang dibayar atau dikirim mengguna Western Union. Tidak terhad untuk bayaran Google Adsense sahaja. Harap ianya membantu.
Beberapa hari lepas, aku pergi ambil duit adsense yang Google bayar kat aku. Payment dibayar menggunakan Western Union sebab aku sendiri yang pilih option tu. Nak cepat punya pasal. Huk3.. Dan ini adalah pertama kali aku menuntut duit yang dikirim menggunakan Western Union. So nak kongsikan sedikit tip jika anda baru pertama kali nak tuntut duit yang dikirim menggunakan Western Union. Kira nak share cara camne nak ambil la ni. Senang sket kerja korang. Hee~
Pertama sekali, pergi kat bank yang ada service Western Union. Paling mudah, tengok kat depan bank tu samada ada signboard Western Union ataupun takde. Kalau ada, bolehlah terus masuk dalam bank tu. Kalau takde, boleh pergi ke bank lain. Huhu.. Antara bank yang menawarkan service Western Union ni ialah BSN, RHB, CIMB dan juga Public Bank. Pejabat pos pun ada tapi make sure ada signboard Western Union la. Cuma lebih digalakkan pergi kat bank.

*Contoh signboard Western Union sebagai rujukan
Dah masuk kat bank tu, boleh la cari borang yang ada cop Western Union dengan ayat penerimaan wang. Borang tu bersaiz A4 dan ada warna kuning kat header yang aku rasa sama je kat semua bank. Kalau tak jumpa, jangan panik. Sila jumpa dengan customer service dan cakap kat beliau nak minta borang ambil duit Western Union. InsyaAllah customer service tu akan bagi anda borang yang sepatutnya. Hee.. Kat bawah ni contoh borang Western Union untuk Public Bank.

Abaikan tulisan sebijik2 yang hodoh tu
Isi borang tu selengkapnya especially kat bahagian penerima. Kat bahagian pengirim pula, isi mana yang patut je antaranya nama pertama pengirim (aku isi Google Inc), negara kiriman wang dibuat dan nombor kawalan pindahan wang (rujuk 10 digit yang Google bagi). Dah siap isi, boleh la pergi ke kaunter khas Western Union. Itupun kalau ada la. Kalau takde, ambik nombor cam biasa dan tunggu. Hee.. Oh ya, jangan lupa bawa photocopy IC siap-siap yer sekali dengan original. Wajib! Dan kalau boleh, bawa sekali photocopy ‘Statement of Earning’ yang Google bagi.
Itu sahaja dan tunggu duit. Tapi berkemungkinan kecil anda akan melalui satu situasi dimana anda akan ditanya dengan beberapa soalan yang mungkin boleh dikategorikan sebagai soalan yang tidak sepatutnya ditanya. Ini terjadi kat aku. Tapi anda jangan panik, jawab saja soalan2 tu dengan tenang. Kalau rasa macam malas dah nak jawab, anda boleh cakap “dah Google bayar kat aku macam tu, takkan aku nak pandai2 tukar? Aku tuntut, korang bayar je la”. Tapi sangat tidak digalakkan. He3..
Sempat jugalah aku meluahkan perasaan kat Twitter bila bank manager (kalau tak silap) tanya aku macam-macam soalan sebelum diorang deal approve tuntutan Western Union aku yang berapa sen sangat tu. Ni antara tweet aku time tu. Saja nak share. Yay!








3 Comments to “Tip Menuntut Duit Adsense Yang Dibayar Menggunakan Western Union”