Tiada Lagi eBay Buatku.. Mungkin

Sebenarnya Wan sudah bercadang untuk menulis entri ini pada malam semalam tetapi ianya terpaksa Wan batalkan kerana terlalu banyak perkara yang perlu Wan selesaikan ditambah lagi dengan mood yang sangat takde mood. Dan sekarang ini pun Wan masih juga takde mood tapi melihatkan blog yang masih tak berupdate, Wan keluarkan jugalah saki-baki mood yang ada untuk menekan keyboard laptop acer aspire 4315 Wan ni. Damn! Dan sebelum tu, kalau kau nak merasa duit free, apa kata kau klik di sini.
Ok.. Berbalik kepada entri ini dan merujuk kepada tajuk kat atas tu, Wan nak bagi tau yang berkemungkinan besar Wan tidak lagi akan berniaga di eBay kerana buat sekian kalinya akaun eBay Wan disuspend lagi dan kini atas sebab yang lebih serius. Ini bermakna, Wan mungkin akan disenaraihitamkan dari mempunyai sebarang akaun di eBay. Oh, so sad. Nak je Wan menangis sekuat-kuatnya. Arghhh.. Tapi kata orang, walau apa jua yang berlaku, hidup mesti diteruskan. Semangat kena kuat beb.
Tapi korang tahu tak.. Dalam 2 bulan Wan menjalankan perniagaan eBay dengan teknik yang diajar oleh Sifu Lan melalui ebooknya iaitu Panduan & Teknik Rahsia eBay, Wan telahpun memperolehi pendapatan melebihi RM2 ribu (ya, melebihi RM2 ribu) walaupun ianya Wan lakukan secara suka-suka saja. Baru 2 bulan pertama saja Wan sudah memperolehi lebih RM2 ribu, cuba bayangkan jika Wan mampu bertahan lebih lama lagi, pastinya Wan sudah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan otai-otai eBay yang ada sekarang (impian kena besar bai). Tapi apakan daya, impian hanya tinggal impian kerana eBay telahpun menghalau Wan keluar dari rumahnya.
Rasanya, cukuplah sesi luahan perasaan itu dan biarlah ianya berakhir di sini kerana luah banyak manapun, belum tentu eBay akan aktifkan akaun Wan semula semudah 123 mahupun semudah ABC. Betul kan? Tapi satu Wan nak cadangkan kat korang, kalau korang rasa nak mempunyai pendapatan sampingan yang boleh buat korang belanja ikut suka hati korang, segeralah berniaga di eBay sekarang kerana ianya benar-benar memberi pulangan yang sangat lumayan asalkan anda rajin serta fokus dan sedikit kreatif (jika menggunakan teknik rahsia ini). Dan ingat, setelah korang bermula jagalah ia sehabis baik agar korang tidak menerima nasib yang menimpa Wan ini. Boleh kan?
Oh ya, Wan ada sesuatu nak tunjukkan kat korang. Tapi sebelum tu biar Wan cerita sket. Wan ada sorang buyer dari US dan dia nak sangat beli item yang pernah Wan senaraikan iaitu dirahsiakan dan item tersebut tidak lagi Wan senaraikan atas faktor keselamatan. Actually, dia dah menang 1 bid dan item yang Wan tak senaraikan ni dia serius juga nak beli walaupun terpaksa berurusan luar dari eBay katanya. Jadi Wan pun dengan suka hatinya bersetuju dengan pembelian tersebut. Apa taknya, 12 item tu bai. Dan Wan pun mengajak beliau supaya chat melalui Skype untuk perbincangan lanjut. Tapi tahu tak apa dia cakap? Korang tengok sendiri kat sini.
Psstt: Kalau korang ada bisnes baik punya, jangan segan silu bagi tau kat Wan yer.. kot2 Wan berkenan sebab sekarang ni Wan dah tak tahu nak buat apa dah. Huhu.. Kalau takde juga, nampaknya kena jual burger tepi jalan ler jawabnya. Hehehe..
nk design tu plak satu hal.. kene pentingkan originality.. sensitip tul la ebay ni… adeh..


30 Comments to “Tiada Lagi eBay Buatku.. Mungkin”