The Great ChurpChurp Race ~ iPad2, Blacberry Bold 3 & iPod Touch Untuk Dimenangi

Tahu apakah bendanya ChurpChurp ni? Kalau dah tahu baguslah. Kepada yang belum tahu, biar aku bagi info sket. ChurpChurp adalah sebuah program pengiklanan melalui media sosial yang mana ianya memberi peluang kepada pengguna internet untuk menjana pendapatan. Kalau dulu, ChurpChurp hanya menggunakan Twitter sebagai medium untuk menyebarkan kempen iklan mereka dan ianya pula dilakukan oleh publisher yang terpilih sahaja. Tapi kini ChurpChurp sudah membenarkan semua publisher tanpa ‘pilih kasih’ untuk mempromosikan kempen iklan mereka melalui pelbagai medium selain Twitter antaranya Facebook dan blog.
Berbalik kepada tajuk, sekarang ini ChurpChurp ada menjalankan kempen The Great ChurpChurp Race. Kempen ini lebih kurang seperti sebuah pertandingan dan hadiah yang ditawarkan cukup lumayan iaitu iPad2, Blackberry Bold 3, iPod Touch dan juga tiket-tiket menonton wayang (movie passes). Lumayan tak lumayan?

Kempen ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang telah mendaftar sebagai publisher ChurpChurp dimana penentuan pemenang dilakukan berdasarkan berapa banyak point yang berjaya dikumpul sepanjang berlangsungnya kempen ini. Point dikira berdasarkan klik dan juga bilangan ahli baru yang berjaya didaftarkan.
1 unik klik terhadap kempen iklan yang anda promosikan, +1 point (1KM)
1 pendaftaran ahli (publisher) baru, +100 point (100KM) beserta RM1
Jadi, tunggu apa lagi? Sertailah ChurpChurp sekarang untuk mula menjana pendapatan kat internet ni dan mula memberikan saingan dalam kempen The Great ChurpChurp Race. Siapa tahu hari ini sahaja anda mampu mendapatkan 1000 klik dan 100 pendaftaran ahli baru, sah-sahlah anda akan mendahului para publisher yang lain. Hee..

DAFTAR SEBAGAI PUBLISHER CHURPCHURP DI SINI
Oh ya, sebelum terlupa, korang kena tunggu emel dari ChurpChurp untuk Mengesahkan pendaftaran korang. Dah dapat emel dari ChurpChurp, klik link yang diorang suruh klik tu. Kalau ada sebarang pertanyaan, tinggalkan je kat komen. InsyaAllah aku akan jawab ASAP. Kalau rasa lambat, korang boleh tweet aku di @azizwan.
Nota kaki: Mesti ada antara korang yang tertanya-tanya, berapa banyak la aku dah dapat dengan ChurpChurp ni kan? Tapi aku minta maaf la sebab aku takkan reveal kat sini dan cukuplah aku bagi tahu yang ianya boleh aku gunakan untuk membayar bil Streamyx, bil Celcom Broadband dan sewa hosting tetiap bulan. *Ada aku tunjuk kat FB. Huhuhu..



5 Comments to “The Great ChurpChurp Race ~ iPad2, Blacberry Bold 3 & iPod Touch Untuk Dimenangi”