Terima kasih Nuffnang.. Sayang korang

Wuhuu.. Aku tak tahu nak mula macam mana. Cuma apa yang boleh aku katakan sebagai mukadimah entri ni ialah, sekarang ni aku dalam mood yang agak happy walaupun baru je beberapa hari lepas aku down gila disebabkan kes ni. Huhu.. Korang nak tahu kenapa aku happy? Woot! Takkan tak tau lagi kot. Kan dah tunjuk kat atas tu. Hehehe..
Untuk makluman korang (nak bagi tau juga even korang tak nak tahu. hee), cek tu adalah cek pertama yang aku terima dari Nuffnang. Ya, cek pertama atau dalam bahasa orang putihnya, first cheque. Hehe.. Agak sadis juga disitu sebab dah lebih dari setahun aku berblogging bertemankan iklan-iklan mereka, baru ler dapat cek yang pertama. Bapak gila lama tu kan? Tapi nak buat macam mana, dah nasib badan. Maklumlah, aku kan sekadar blogger picisan yang menumpang di sudut dunia blogging ni. Sebab tu earning Nuffnang sekadar sekupang dua je. Uhuk.. Uhuk..
Jumlah yang aku dapat untuk 1st time ni pun tak la banyak macam yang Kennysia dapat. Tapi sebab aku nak berpoyo sakan sekarang ni, aku tetap nak tunjuk juga perkataan yang tercatat kat cek tu kat korang. Ala, sekali sekala je pun, tak kan tak boleh kot. Hahaha.. Tapi aku decide untuk cover perkataan first tu sebab nak biar korang tertanya-tanya berapakah jumlah yang aku dapat. Huhu.. Tapi kalau korang dah biasa dapat cek dari Nuffnang tu, mesti dah tahu punyalah kan. Yang tak tahu tu, cubalah teka (berpoyo sekali lagi). Hehehe..
Ok! Cukuplah setakat ni aku berpoyo sakan kat korang. Nanti aku poyo lebih-lebih, takut korang boikot plak blog aku yang sememangnya tak glemer ni. Kang tak pasal-pasal takde plak 2nd cheque from Nuffnang. Huhu.. Cuma aku nak ambil kesempatan ni nak ucapkan terima Kasih banyak-banyak atas sokongan tanpa henti korang semua. Tanpa korang, takde lah cek pertama ni sampai ke tangan aku. Berikan tepukan kepada diri sendiri. Yeah!
Korang nak tips macam mana untuk tingkatkan earning Nuffnang? For basic, korang boleh usya kat sini sebab memang camtu je cara yang aku guna untuk memperolehi hasil sekupang dua melalui blog aku ni sehinggalah aku mendapat cek pertama ni. Tapi kalau nak cepat je masyuk, maybe kita boleh exchange klik kot. Hahahaha.. Lari ![]()




<- klik untuk tutup


53 Comments to “Terima kasih Nuffnang.. Sayang korang”