Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Telefon Android Pertama Aku

Serius cakap, aku tak pernah pun terfikir nak beli fon Android sebab… sebab… Aku noob bab2 teknologi ni plus aku pengguna tegar Symbian. LOL. Tapi ntah kenapa, tiba-tiba hati ni terbuka untuk mencuba Android fon dan dengan tidak semena-mena terbeli sebijik Samsung Galaxy S Advance. Oh!

SAMSUNG GALAXY S ADVANCE

Mungkin ada yang nak tahu (yang tak nak tahu tu dok dendiam), aku beli Samsung Galaxy S Advance ni kat superbuy.my dengan harga yang tak berapa nak murah dan tak berapa nak mahal iaitu RM889 sahaja.

Kenapa Samsung Galaxy S Advance menjadi pilihan? Entah ler, aku pun tak tahu kenapa aku pilih telefon ni berbanding yang lain sebab tujuan aku beli pun just nak mencuba sendiri android fon. Tapi apa yang aku tertarik dengan fon ni ialah dia punya design yang nampak cool dan kamera 5MP. Bolehlah untuk Instagram.

Seperti yang aku beritahu, ini merupakan telefon Android pertama aku dan aku membelinya sebab nak cuba bermain-main dengan Android. Nak juga tahu apa bezanya dengan iOS yang dah sebati dengan diri ini. Eh?

SAMSUNG GALAXY S ADVANCE

Aku baru je guna tak sampai 2 minggu dan dari penggunaan yang tak sampai 2 minggu ni, apa yang boleh aku katakan, Android ni sungguh simple dan mudah. Walaupun baru je guna, tapi dah macam pro aku rasa sampai aku rasa percubaan pertama ini mungkin akan membuatkan aku menjadi pengguna tegar Android.

Walaupun dah rasa macam pro guna fon Android ni, tapi banyak lagi yang perlu diexplore sebab macam yang aku tulis kat atas tadi, aku ni noob bab-bab teknologi ni. Hehehee.. Tapi dengan adanya encik Google, aku yakin ke-noob-an aku ini dapat diatasi. Well, di mana ada kemahuan, di situ ada highway. Yay!

SAMSUNG GALAXY S ADVANCE

Review? Dah banyak kot blogger review phone ni, tinggal nak kena search je. Jadi tak perlu rasanya aku nak review bagai. Cukuplah sekadar aku show off telefon Android pertama aku ni. Hahahaa.. Lari cam Usain Bolt.

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 13 July '12 - Kategori: Gadget, Personal

Tagged: , , , , , .

One Comment to “Telefon Android Pertama Aku”

20.09.12 at 22:29
Posted by Lawrence Vision

Mula rasa best tapi masuk bab apps tu yang hampeh sikit kalau android ni
*Entri terbaru kat Lawrence Vision“s [type]: Alien Shooter: Revisited Mediafire Links

[Reply]








CommentLuv badge