Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tagged By Cik Peanut

Tagged By Cik Peanut

Sebelum ni Wan pernah cakap yang Wan takkan buat mana-mana tag yang diberikan kepada Wan sebab secara jujurnya bukan senang nak jawab tag ni walaupun ianya nampak sangat mudah. Tapi entah kenapa tetiba Wan nak pula buat tag yang diberikan oleh cik peanut ni walaupun sudah lama terperap. Mungkinkah kerana hadiah yang ditawarkan oleh beliau? Semestinya tidak kerana tag ini dibuat setelah tawaran beliau itu tamat. Atau mungkin juga Wan telah jatuh hati dengan beliau? Ops! Apa aku merepek ni? Hahaha.. Jangan marah ye cik peanut, abang kau ni gurau je.. Jangan plak ngigaukan aku tiap malam ye.

Oh ya, cakap pasal hadiah Wan nengok sana-sini ada je peraduan a.k.a contest walaupun hadiah yang ditawarkan oleh mereka tak lumayan mana pun (statement saja nak bagi panas! Hehehe). Tapi best juga layan contest-contest tu, siapa tahu rezeki.. Jimat juga duit beli topup. Huhu.. So, kalau korang rasa korang tengah mengalami kegawatan ekonomi yang agak serius, jom ler layan dua contest ni iaitu Duit Free Dari Jerung Perkasa dan juga Pertandingan Teka Choki-Choki. Pergi usha sekarang sebelum korang menggigit jari. Dan kalau korang menang jangan lupakan aku yer.

Ok, berbalik kepada tagged yang diberikan oleh cik peanut. Berikut adalah soalannya: Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda. konon kreatif la tu!).

Kegunaan asal saja Wan skip sebab Wan percaya korang semua tergolong dalam kalangan orang yang bijak-bijak belaka. Betul kan?

1. Anak kunci

Kegunaan sampingan: Kerap kali Wan gunakan untuk membuka sampul surat kerana ianya sungguh efisien. Selain itu, Wan juga menjadikan kunci sebagai alat untuk menggaru kerana rasanya sungguh sedap. Tak percaya? cubalah..

2. Penutup pen

Kegunaan sampingan: Sebagai penutup jari kelingking. Hehehe.. Wan gemar memasukkan penutup pen pada jari kelingking Wan kemudian menggaru-garukannya pada muka. Motif? Wan pun tak tahu.

3. Botol mineral

Kegunaan sampingan: Banyak ni kalau nak tulis semua. Huhu.. Wan pernah guna botol mineral untuk menyimpan air bekal ke sekolah, tempat simpanan guli yang berlambak dan pernah juga Wan jadikan botol mineral sebagai tabung (bajet kreatif). Dan yang bestnya, botol mineral menjadi benda paling penting semasa berlangsungnya acara sukan sekolah dimana ianya dijadikan alat untuk mengeluarkan bunyi ala-ala gendang.

4. Paper lama

Kegunaan sampingan: Teringat masa sekolah dulu dimana Wan dan rakan-rakan sekelas yang lain menggunakan kertas lama sebagai alternatif menggantikan bulu ayam yang sudah kehabisan bulu. Huhu..

5. Seluar dalam

Kegunaan sampingan: Adeh, kegunaan sampingan seluar dalam pun nak tau juga ke? Ok, Wan menggunakan seluar dalam untuk melap muka yang basah. Hahaha.. Baca boleh percaya jangang. Tiada kegunaan sampingan untuk seluar dalam. Harap maklum.

6. Lesung batu

Kegunaan sampingan: Selain tukul, lesung batu wajib ada kat atas meja semasa makan ketam kerana ianya akan Wan gunakan untuk memecahkan kulit ketam pada bahagian sepit itu. Kalau takde, memang tak best la makan ketam tu.

7. Langsir

Kegunaan sampingan: Sama seperti jawapan pada no. 4 dimana langsir kelas sering Wan jadikan mangsa untuk melap cermin. Jadi tak hairan la kalau habuk langsir lagi tebal daripada habuk cermin. Ambik kau. Hahaha..

8. Komputer opis

Kegunaan sampingan: Takde kegunaan sampingan bagi Wan buat masa ini. Entah bila ler nak merasa pejadah komputer opis. Huhu..

9. Duit syiling

Kegunaan sampingan: Tak lain dan tak bukan semestinya untuk menggores kad tambah nilai a.k.a topup kerana ianya sangat mudah dan dijamin 100% selamat.

10. Laman blog

Kegunaan sampingan: Hahaha.. semestinya ianya tempat Wan meletakkan iklan yang entah apa-apa ntah tanpa sebarang bayaran dikenakan kepada Wan disamping tempat Wan menulis apa sahaja yang ingin Wan tuliskan.

* * *

Fuhhh.. akhirnya selesai juga tag dari cik peanut ini. Tapi Wan nak minta maaf sebab Wan tak buat kegunaan asal benda-benda tu. Bukan apa, Wan rasa semua orang pun tahu apa kegunaan asal benda-benda tu jadi better Wan skip ajalah. Boleh kan? Harap cik peanut puas hati walaupun secara totalnya tak puas. Huhu..

Psstt: Wan pun teringin juga nak buat contest kat blog ni tapi ada ke yang nak join? Ah, lupakan jelah. Hahaha.. Tapi kalau ada rezeki, InsyaAllah akan ada la contest kat blog ni. Kita tunggu..

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 27 February '09 - Kategori: Personal, Tagged

Tagged: , , , , , , , , , , , , .

15 Comments to “Tagged By Cik Peanut”

27.02.09 at 11:40
Posted by sayang sama sibintang

hehehe.. statemet meragukan.. hahaha.. lalalalala..~

perghhh.. hebat la guna suar dalam wat lap muke.. best²…. hehehe… asyik gitu dowh… hahahaha..

Azizwan™ Says:

statement apa yg meragukan tu bro? konfius seh. huhu..

btw.. sluar dalam buat lap muka itu hanyalah rekaan semata-mata.. hahaha..

[Reply]

27.02.09 at 14:41
Posted by cik peanut

hohoho..tq2x…peanut puas hati..hehehhehe…akhirnya wan mengalahkan untuk jawan tag..hahahah–>gelak nakal–>ni motif sebenar tag wan..hehehhe

okies lah..walaupun lambat..peanut terima jugak penyertaan wan..dan peanut melayakkan diri wan menerima hadiah..t email peanut adress wan..okies? llalala..ops, jangan kasi tau owang lain tau..rahsia kiter2 je tau..lalalalla…shh..diam2x…

bab suar dalam tu..ops, tak leh bla buat sapu peluh kat muka..yek2x..peanut ni mudah percaya..lalalal,,yang sal penutup pen tu, letak kat jari kelingking, garu2 muka ke, korek2 hidung? hehehehe

satu agi,,,peanut tak ngingaukan wan, tapi ngingaukan blog wan..lalalla…
kalu wan wat contest, peanut owang pertama join..hehehehhe

Azizwan™ Says:

betul ke aku dpt hadiah dr cik peanut ni? mcm tak percaya je.. lgpun aku tgk mcm mnyusahkan cik peanut je la nk pos2 hadiah bagai walaupun aku memang nak hadiah dr cik peanut tu. wakakaka.. nk tanya skali lg, betul ke aku dpt hadiah?

yg sluar dlm tu sila jangan percaya krn itu hanyalah rekaan semata-mata walaupun cik peanut mudah percaya.. lol. yg penutup pen tu pula dah mcm hobi aku masa skolah dulu especially time ckg dok ngajar kt depan dan seriously memang tak pernah guna utk korek hidung. hahaha..

psstt..betul ke cik peanut boleh jd org pertama yg join kalau aku buat contest? huhu..

[Reply]

cik peanut Reply:

betullah…hehehhe….t hubungi peanut ek..agipun peanut dah beli hadiah lah..
okies…hehhehehe

Azizwan™ Says:

oh, ye ke? hehehe.. ok2, nanti wan hubungi cik peanut..

[Reply]

cik peanut Reply:

cepat2..lalalala

[Reply]

27.02.09 at 18:51
Posted by Gadis Lonely?

wah wah wah… ada promotion choki-choki contest di situ.. hehe… hurm, interesting tagged..

alah wan, bukan spender ko tu kekadang ko jadikan alas meja kat ruang tamu ke? tu kira sampingan la tu… lalalalaa…

Azizwan™ Says:

ekceli kan gadis lonely, aku saja nak bodek kau supaya menangkan aku. jd tak perlulah aku kluar duit utk beli topup minggu depan. hehehe..

hahaha.. bila kau nampak aku jadikan spender sbgai alas meja ni gadis lonely? klau ye pun, diam2 sdh la. malu tau. huhu..

[Reply]

28.02.09 at 00:22
Posted by x-po

hoho bro, klu ada contest, inform kt aku first…haha akanku join

[Reply]

Azizwan™ Reply:

huhu.. klau ada contest aku takkan inform kt sesiapa dan biarlah ianya rahsia.. jd, klau terlepas contest tu.. i’m sorry bak kata amir RL2 :)

[Reply]

28.02.09 at 03:48
Posted by Merah&hitaM

huhuhuhu…
craetive answer…
paling best:

“Penutup pen
Kegunaan sampingan: Sebagai penutup jari kelingking. Hehehe.. Wan gemar memasukkan penutup pen pada jari kelingking Wan kemudian menggaru-garukannya pada muka. Motif? Wan pun tak tahu.”

sama la kita…hehehehe….

[Reply]

Azizwan™ Reply:

oh, ye ke? hehehe..

orang kata la kan bro, siapa yg buat mcm tu adalah mereka2 yg mempunyai IQ & EQ yg super duper smart. betul ke? hahaha..

[Reply]

28.02.09 at 09:31
Posted by spatt

haha
aku pn ske pakai penutup pen kat jari kelingking… :D
er, apekah itu sapit?haha

[Reply]

Azizwan™ Reply:

eh, biar betul bro? aku ingat aku je buat benda pelik tu. hehehe..

dan sapit itu ialah sepit. huhu.. nasib baik bro prasan. klau tak, ramai lg la yg tertanya-tanya apekah bendanya sapit itu. hehehe.. tq so much bro :)

[Reply]

spatt Reply:

owh..aku x expect pun sapit tu sepit.igtkan abdomen ke ape..haha

[Reply]

01.03.09 at 16:48
Posted by nbie89

wahahahaha….aku tau adiah apew…
cik peanut beli ngan aku…ngeh3…
rahsie2…

pssstt: bertuah wan nie….huhu

[Reply]

Azizwan™ Reply:

ya ke nbie? hadiah apa tu, boleh aku tau? hehehe.. buat aku tak sabar je nak tgk apa hadiah yg cik peanut bg aku tu.. huahuahua..

psstt: apa yg bertuahnya tu nbie? ;-)

[Reply]

cik peanut Reply:

jangan bocorkan rahsia kerajaan nbiela…

Azizwan™ Reply:

Adeh.. SULIT & PERSENDIRIAN ke tu cik peanut? huhu..

[Reply]








CommentLuv Enabled