Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: World of Mohd. azizwan blog’s

Blog Ini Adalah Blog All In One

azizwan(dot)com

Gara-gara Wan mengeluarkan entri ini dan juga ini, ramai (tak ler ramai sangat) yang beranggapan Wan telah mentranformasikan blog picisan ini kepada blog hiburan dan tak kurang juga yang mencadangkan supaya Wan memfokuskan terus kepada blog yang ber’niche’kan hiburan sahaja.

Sebenarnya telah wujud beberapa entri mengenai artis sejak di awal kemunculan blog ini lagi antaranya aksi ning bersama suami dan juga gambar perkahwinan ashraf sinclair. Tapi entah kenapa hanya selepas keluarnya dua entri kat atas tu baru mereka nak kata yang Wan telah melakukan transformasi. Pelik plus hairan seh. Ada sesiapa boleh tolong jelaskan? huhu..

Oleh hal yang demikian, saja Wan tuliskan entri ini untuk memberitahu kepada kamu semua bahawa blog ini sebenarnya tidak pernah memfokuskan kepada niche khusus kerana blog ini hanyalah tempat untuk Wan menuliskan apa sahaja yang ingin Wan tuliskan. Jadi, ingin Wan nyatakan di sini bahawa blog ini adalah blog all in one atau dalam bahasa kurang sopannya iaitu ‘blog sardin’.

Nota kaki: Wan lebih suka bermain dengan keyword berbanding niche kerana niche agak terhad malah memerlukan fokus 100% dan sangat memboringkan :)

Diterbitkan pada 30 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog | Komen: Ada 17 Comments.

Selamat Datang

Assalamu’alaikum dan Salam sejahtera.

Pertama sekali Wan ingin mengucapkan selamat datang dan juga jutaan terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa untuk berada di blog World Of Mohd. Azizwan™ yang ntah apa-apa ntah ini. Untuk makluman kalian semua yang baru sahaja bertandang ke blog ini, sebenarnya blog ini adalah blog Wan yang ke-2 atau secara tepatnya blog versi 2. Dengan wujudnya blog versi 2 ini, Wan berharap agar mutu blogging Wan akan bertambah baik. InsyaAllah.

Dalam pada itu, Wan juga meletakkan harapan yang besar agar kalian semua dapat meninggalkan komen bagi setiap entry yang telah kalian baca kerana siapa tahu komen yang anda tinggalkan itu sangat berguna untuk difikirkan bersama kerana Wan yakin bahawa tidak semua entry yang Wan tuliskan di blog ini adalah 100% perfect kerana Wan juga adalah manusia biasa. Pasti akan ada kekurangan dan cacat cela yang Wan terlepas pandang dalam setiap entry yang Wan tuliskan.

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 26 October '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal | Komen: Ada 25 Comments.