Tag Archives: World Cup 2010

Seperti yang korang semua dah sedia maklum, Germany telah dikecundangkan oleh Sepanyol pada perlawanan separuh akhir antara mereka yang berlangsung pagi tadi. Nampaknya, ramalan si ‘paul the octopus‘ betul (tapi yang ni jangan percaya bulat-bulat, anggap saja ianya satu kebetulan). Agak kecewa juga bila pasukan yang aku nak lihat beraksi di perlawanan akhir gagal melayakkan diri.
Jika dilihat dari perlawanan tu, aku sendiri dah boleh agak yang Germany akan kalah sebab sedari awal permainan, bola lebih banyak dikuasai oleh Sepanyol. Ditambah lagi dengan serangan bertubi-tubi yang benar-benar membuatkan penyokong Germany tak senang duduk. Kalau ada yang sakit jantung, silap-silap boleh ‘gol’ dibuatnya. Huhu.. Manakala Germany pula aku lihat lebih banyak bertahan. Dan paling tak boleh blah, permainan diorang seakan tak menjadi. (more…)
Diterbitkan pada 8 July '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Miscellaneous, Personal | Komen: Ada 10 Comments.

Sekarang ni aku berani jamin yang ramai orang (termasuklah korang kot) dah menghidap sindrom makan bola, tidur bola, dan segala-galanya bola. Kenapa? Sebab hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Piala Dunia a.k.a World Cup 2010 akan membuka tirainya. Huhu..
Sebenarnya tiada apa yang aku nak cerita, cuma nak tanya, negara manakah yang menjadi pilihan korang untuk menjulang World Cup 2010 ni?
Kalau tanya kat aku, opkos la aku akan jawab Germany, kan dah bagitau kat tajuk atas tu. Hee.. Kenapa aku pilih Germany? Entah la, aku pun tak tahu tapi aku pilih Germany sebab aku dan Germany macam ada satu chemistry yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. kah3.. Alasan yang langsung tak boleh blah. (more…)
Diterbitkan pada 7 June '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal, Picture | Komen: Ada 41 Comments.

Setelah agak lama jugalah aku berkira-kira untuk menjadi salah seorang pengguna Celcom Broadband kat Malaysia ni, akhirnya ianya terlaksana juga apabila aku dengan kacak’nya telah meng’apply Celcom Broadband kat PC Fair semalam (08. Mei 2010). Alhamdulillah.
Ok, ni aku nak cerita sket. Aku memang bajet apply Celcom Broadband ni kat PC Fair sebab seperti yang dinyatakan kat website Celcom, setiap pendaftaran baru yang dibuat di PC Fair akan menerima modem percuma ‘edisi khas’ World Cup 2010 berserta 1 thumbdrive berkapasiti 1GB dan juga sebiji bola mini macam pic kat bawah ni.

Tapi aku agak kecewa sebenarnya sebab aku ingat pic yang menepek kat modem edisi khas tu adalah design khas a.k.a cetakan kekal, rupa-rupanya hanyalah sticker. Ya, sticker. Memang agak kecewa di situ. Kalau la awal-awal lagi aku tahu benda tu hanyalah sticker, sorry to say, memang aku takkan pergi PC Fair tu semata-mata nak apply Celcom Broadband. Apply kat mana-mana dealer sudah. (more…)

Diterbitkan pada 9 May '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celcom Broadband, Personal | Komen: Ada 54 Comments.