Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: weblog

Contest Weblog Popular 1Malaysia dilanjutkan

Weblog Popular 1Malaysia

Berita baik buat semua blogger Malaysia. Contest Weblog Popular 1Malaysia anjuran Denaihati yang sepatutnya tamat pada 30. September lepas telah dilanjutkan sehingga 31. Oktober 2009 atas kehendak ramai. Ini bermakna, peluang kamu untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan masih terbuka luas dengan syarat kamu menyertai contest tersebut.

Dengan lanjutan ini juga, Wan bercadang mahu memberi kamu hadiah saguhati sekiranya kamu menyertai atau mempromosi contest tersebut dan menjadikan blog Wan ini sebagai referrence. Namun begitu, Wan memerlukan 50 orang volunteer bagi melayakkan antara kamu memenangi hadiah tersebut. Jika kamu mahu menjadi salah seorang daripadanya, sila hantar emel kepada Wan di azizwan.com@gmail.com dan Wan akan bagi 1 artikel yang sudah siap ditulis kepada kamu. Apa yang perlu kamu lakukan hanyalah copy artikel tersebut dan paste kat blog kamu. Mudah kan?

Hadiah yang Wan tawarkan berupa wang tunai RM50 berserta pakej pengiklanan percuma selama 30 hari di Zon Artis yang mana ianya untuk 3 pemenang. Pemenang akan dipilih secara undian ‘zaman batu’ yang akan dilakukan oleh Wan sendiri. Ini bermakna, jika blog kamu tertulis pada salah satu antara 3 kertas yang diundi kelak, maka kamulah yang akan memenangi hadiah tersebut. (more…)

Diterbitkan pada 2 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest | Komen: Ada 2 Comments.

Terima duit dari DenaiHati. Thanks ya!

Jap tadi Wan cek emel dan dapat emel forward dari DenaiHati yang memaklumkan bahawa Wan telah menerima duit berjumlah RM80.40 daripada beliau. So, saja Wan tuliskan entri ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana dengan baik hatinya telah memberi ‘duit poket’ kepada Wan. Sekali lagi, thank you so much ya!

Emel from DenaiHati

PROMO: Kalau kamu nak menang duit juga, apa kata kamu join contest Weblog Popular 1Malaysia yang beliau anjurkan. Caranya sungguh mudah asalkan kamu mempunyai blog tak kira dah lama atau baru je siap dimana kamu hanya perlu nominate satu blog sebagai Weblog Popular 1Malaysia. Untuk contoh pencalonan, kamu boleh lihat di sini.

Oh ya, selepas ini berkemungkinan besar blog ini hanya akan dimuatkan dengan entri yang ringan-ringan belaka. Jadi jangan ditanya kalau ada entri yang bunyinya seperti (more…)

Diterbitkan pada 12 September '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Make Money | Komen: Ada 12 Comments.

Lagi blog yang boleh merosakkan akidah

Mana Tuhan Allah?

Just nak mention kat kamu semua.. Semalam Wan jumpa satu blog dengan title yang penuh kontroversi seperti yang kamu lihat kat atas tu. 1st impression, Wan percaya kamu sendiri akan memberi tanggapan negatif terhadap blog tersebut. Itupun kalau kamu masih Islam sejati. Sekali imbas, Wan dapati kandungan’nya sangat meragukan dan dikhuatiri boleh memesongkan akidah buat mereka-mereka yang kurang ilmu agama termasuklah Wan sendiri. Misalnya seperti gambar yang Wan letakkan kat bawah ni.

Mana Tuhan Allah?
Apa komen anda?

So, serius Wan tak berani nak baca lanjut kandungan blog tersebut kerana Wan takut terpengaruh dengan apa yang cuba disampaikan since ilmu agama Wan masih ditahap yang ‘sangat rendah’. Maka, takde review untuk blog tersebut dan hanya entri pendek ini sahaja yang dapat Wan tuliskan untuk memaklumkan kepada kamu semua akan kewujudan blog tersebut. Jika kamu tidak keberatan, sebar-sebarkanlah yer untuk kebaikan bersama. (more…)

Diterbitkan pada 28 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Muslim, Must Read | Komen: Ada 54 Comments.

Statistik bulan Julai 2009

Statistik Julai 2009

Mulai dari bulan ini dan untuk bulan-bulan seterusnya (insyaAllah), aku akan update statistik blog ini untuk sajian u all. Tapi sebelum apa-apa biar aku bagi tahu kat kamu semua yang aku update benda ni takde niat pun nak menunjuk since pelawat blog aku ni pun bukan banyak sangat macam blog kau, kau dan kau tu. Maklumlah, kalau nak kira pelawat sehari yang datang bertandang ke blog ni, guna jari pun boleh. Huhu..

Aku update benda ni adalah semata-mata nak nengok samada pelawat blog ni semakin bertambah ke, semakin berkurang ke ataupun just maintain je setiap bulan. So, boleh la kamu puji sket bila statistik blog ni meningkat, bagi kata semangat kalau maintain dan kutuk kaw-kaw kalau menurun. Haha. Ada berani? Selain tu ianya juga untuk ‘membakar diri sendiri’ supaya boleh melakukan yang terbaik. Tak gitu wahai pelawat tegar (adakah?) yang aku sayangi?

Ok la, untuk permulaan ni aku akan tunjukkan statistik blog ni untuk bulan lepas (Julai) since baru je terlintas nak buat benda ni. Ye la, takkan dah masuk bulan Ogos tapi update ngan statistik bulan Mei ataupun Jun. Tak cool la kan? Lagipun statistik bulan-bulan tu hanya akan membuat kamu ketawa terbahak-bahak je. Kenapa? Faham-faham sendiri sudah! Jadi, inilah statistik a.k.a jumlah pelawat blog ini untuk bulan lepas.. (more…)

Diterbitkan pada 2 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog | Komen: Ada 29 Comments.

Weblog Popular 1Malaysia

Weblog Popular 1Malaysia

Weblog Popular 1Malaysia

Untuk makluman kamu semua, sebelum ni aku ada menulis entri promo untuk contest Weblog Popular 1Malaysia yang dianjurkan oleh tuan punya blog www.denaihati.blogspot.com yang mana hadiahnya boleh tahan lumayan kerana nilainya mencecah bukan ratusan ringgit tapi ribuan ringgit. Ya ribuan ringgit dan ianya dalam bentuk CASH. Oleh kerana itu, entri kali ini pula adalah entri susulan dari entri promo tersebut kerana pada entri kali ini aku akan menamakan 1 blog sebagai Weblog Popular 1Malaysia.

Agak sukar juga sebenarnya untuk aku memutuskan blog mana yang sangat-sangat sesuai dicalonkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia memandangkan terlalu banyak blog yang boleh aku calonkan. Namun setelah difikir semasak-masaknya berdasarkan beberapa faktor (cewah) yang bersesuaian dengan penganjur contest itu sendiri dan membantu beliau mencapai matlamatnya dalam penjenamaan Denaihati itu sendiri maka, Weblog Popular 1Malaysia pilihan World Of Mohd. Azizwan ialah (more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 28 July '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Review | Komen: Ada 40 Comments.