
Ok! Sebelum ni aku ada bagi tahu kat korang kenapa aku nak sangat memiliki iPhone 4 kan? (yang semestinyalah dengan plan iDigi). Jadi untuk entri kali ini aku nak share pula beberapa apps yang memang aku akan download punya bila dah ada iPhone 4 nanti (nanti tu tak tau la bila. Kui3).
Antara Apps yang memang dah ada dalam list aku sekarang ni ialah:
iPhone 4 Social Networking Apps
*Semestinyalah ini App pertama sekali yang ‘wajib’ aku download. Kata nak layan social network via iPhone. Hee.. Antara iPhone 4 Social Networking Apps yang menjadi pilihan tu ialah.
1. Facebook – Bila dah ada apps ni, bolehlah aku ber’Facebook pada bila-bila masa dengan lebih mudah tanpa perlu membuka Encik Apple. Yer la, takkan 24 jam aku nak bawak Encik Apple aku tu untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan Facebook, update status dan chat ngan kawan-kawan kan? So, Apps inilah penyelesaian’nya. (more…)
Diterbitkan pada 25 September '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: DiGi, Nuffnang, Review | Komen: Ada 10 Comments.

Ok! Ini adalah entri suka-suka je (walaupun korang dah sedia maklum yang kebanyakkan entri kat blog ni memang entri suka-suka, tetap nak bagi tahu juga. Huhu). Saja nak ‘bongkar rahsia’ kenapa aku dah jarang update blog ni. So, bila korang nengok blog ni tak berupdate untuk satu tempoh yang agak lama, automatik korang pun tahu apa sebabnya. Ok lah, kalau korang rajin nak baca, silakanlah. Kalau tak, Aiman kata dia tak kisah.
Berikut antara sebab kenapa aku dah jarang meng’update blog ni.
Idea selalu stuck – Well, ini adalah perkara normal yang sentiasa dialami oleh kebanyakkan blogger dan aku tak terlepas dari mengalaminya. Bila idea dah stuck tu, memang susah nak update blog walaupun banyak je benda yang nak dibloggingkan. Baru taip tak sampai 3 baris, idea dah hilang entah ke mana. Jadi, dari aku buang masa nengok dashboard tu, better aku padam je dan log out. Habis cerita. (more…)
Diterbitkan pada 23 September '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal | Komen: Ada 13 Comments.

Masa online petang tadi, agak terkejut juga bila baca twitter mention daripada blogger kacak siapa lagi kalau bukan Apiih cakap yang aku tersenarai sebagai salah seorang pemenang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL siap minta belanja kepsi lagi. Terus aku cakap, biar betul mamat ni?
Lepas je baca mention tu, aku pun apa lagi, teruslah ambush blog Denaihati untuk nengok sama ada apa yang si Apiih bagi tau tu betul atau sekadar propa je. Dan bila aku nengok dengan mata sendiri, patutlah awal-awal lagi si Apiih nak aku belanja beliau kepsi. Kui3 (more…)
Diterbitkan pada 18 February '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Personal | Komen: Ada 23 Comments.

Salam semua..
Seperti yang korang dah sedia maklum, Contest Lekat & Menang yang aku buat beberapa hari lepas sudahpun tamat dan alhamdulillah penyertaan boleh tahan menggalakkan termasuklah penyertaan dari beberapa blogger yang dah boleh dikatakan agak femes. Ini membuktikan yang blogger Malaysia sememangnya sempoi2 belaka dan tak pernah nak ‘berlagak diva’. Yeah!.
Setakat aku tulis entri ni, seramai 93 blogger dah submit penyertaan & mungkin ianya jumlah keseluruhan penyertaan. So korang yang join contest tu sila rujuk di sini untuk nengok sama ada nama korang tersenarai ke dak. Kalau tak tersenarai tu, sila bagi tau sebelum masuk 16hb yer dan sebaiknya dengan kadar yang segera supaya senang aku nak update.
Pemilihan pemenang. Ok! Yang ni aku akan buat selepas 15hb sebab nak complete’kan dulu sticky post untuk penyertaan yang disubmit pada 13hb. Kalau takde pape, insyaAllah korang akan tahu pemenangnya sebelum atau pada 18hb. Tapi tang ni aku tak janji. So, kesabaran korang adalah sangat-sangat diharapkan. Kalau korang nak tahu on the spot selepas keputusan diumumkan, intai-intai la twitter aku yer. (more…)
Diterbitkan pada 14 January '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Miscellaneous | Komen: Ada 10 Comments.

Saja update blog dengan benda ni sebab takde apa-apa yang dapat Wan tuliskan semenjak dua menjak ni. Kamu pun perasan kan? Huhu.. Oleh itu, Selamat Hari Kebangsaan (merdeka la tu) yang ke-52 Wan ucapkan buat negara Malaysia yang Wan cintai. Uhuk..uhuk..
Oh ya, alang-alang dah tulis entri pendek ni nak tambah la sket. Kat twitter tadi masing-masing sibuk nak tulis apa diorang punya pengertian mengenai merdeka. So, kalau kamu rajin, tulislah apa erti merdeka bagi kamu kat komen bawah tu yer. Ada berani? Hehehe..

Ini update ohtweet yang punya. Hahaha..
Dan kat bawah ni pulak adalah Malaysian Google Doodle sempena merdeka yang ke-52 Malaysia. Boleh tahan kool eh! (more…)

Diterbitkan pada 31 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebration, Freedom Talk | Komen: Ada 8 Comments.