Tag Archives: tips meningkatkan pendapatan nuffnang

Nak bagi tahu awal-awal yang entri ni hanya sesuai dibaca oleh para blogger yang baru nak berjinak-jinak dengan pengiklanan blog (blog advertising) sahaja. So, yang dah lama tu atau memang tak pernah teringin nak pasang mana-mana iklan kat blog, boleh abaikan. Tapi kalau nak baca juga, lagi bagus kot. Hee..
Ok! Ni aku nak tulis sket kenapa anda harus memilih Nuffnang berbanding blog advertising yang lain yang ada kat Malaysia ni.
Pertama: Aku dah buat perbandingan mengenai tarikh penubuhan antara beberapa buah syarikat blog advertising yang ada kat Malaysia ni dan nyata Nuffnang adalah yang terlebih dahulu wujud iaitu pada tahun 2006 dan sehingga kini masih menjalankan operasinya. So, dari tarikh penubuhan tu jelas yang Nuffnang adalah syarikat yang berjaya. Yer la, kalau tak berjaya takkan boleh bertahan sampai sekarang kan?
Tambahan pula, sepanjang aku kenal dengan Nuffnang, tidak pernah aku dengar komen-komen negatif mengenai mereka. Cuma yang ada, komen-komen positif serta pujian yang melambung-melambung. So, adakah masih sukar untuk membuat pilihan yang bijak?
Kedua: Pembayaran yang agak konsisten dan sangat memuaskan hati. Ada la beberapa kali aku cash out pendapatan Nuffnang aku dan seperti yang dijanjikan mereka (berdasarkan terma – rujuk di sini), bayaran diterima dengan jayanya. Tidak pernah ada bayaran yang tertangguh serta bayaran tidak diterima. (more…)
Diterbitkan pada 3 December '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Nuffnang | Komen: Ada 25 Comments.

Setelah sekian lama blog aku ni tak memberi sebarang effort kat korang, maklumlah asyik dok update dengan entri merapu meraban je, akhirnya dapat juga aku kongsikan something yang tak seberapa kat korang yang mempunyai blog dan memasang iklan Nuffnang. Sebenarnya dah beberapa hari lepas lagi aku nak share benda ni, tapi kemalasan untuk menaip plak menjadi-jadi. Huhu..
Walau bagaimanapun, aku nak minta maaf awal-awal yer sebab apa yang aku kongsikan ni hanya untuk mereka-mereka yang menggunakan blog WordPress self-hosted je. So, korang yang guna blogspot dan what so ever tu, jangan marah ok. Tapi tak salah rasanya kalau korang follow sebab mana ler tau kan esok lusa korang akan guna blog self-hosted juga. Jadi senang nak apply. Tak gitu?
Sebelum aku start benda ni, nak citer la sket kenapa korang perlu buat benda ni. Ok! Salah satunya adalah bagi memudahkan korang kerana dengan memasang plugin ni, korang tak perlu nak pening kepala untuk letak coding Nuffnang bagi memastikan ianya berada pada kedudukan diantara entri terkini dan entri sebelumnya seperti yang dapat korang lihat kat blog aku sekarang ni la. Ini kerana, plugin tersebut secara automatik akan melakukannya untuk anda. Sungguh menarik bukan? Kalau dulu, aku kena tampal coding Nuffnang tu dua kali dimana satu kat Main Template dan satu kat Single Post. Maklumlah, time tu noob giler seh. Huhu.. Tapi sekarang dak lagi setelah menggunakan plugin ni. Muahaha (more…)

Diterbitkan pada 24 January '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Nuffnang, Tutorial | Komen: Ada 37 Comments.