Tag Archives: Telekom malaysia

Hari ni dah masuk hari ke-10 Wan tak boleh online seperti selalu a.k.a macam biasa disebabkan streamyx Wan yang cam haram. Dah banyak kali Wan call streamyx bagi tau masalah ni siap Wan dapat report number lagi tapi sampai sekarang ni tak juga nampak perubahannya. Masih gak lagu tu.
Wan pun dah minta depa supaya hantar technician untuk nengok sendiri apa masalah sebenarnya dan kot-kot masalah terus settled, so boleh la Wan online guna streamyx macam biasa. Tapi yang sedihnya, depa buat layan tak layan je. Siap suruh Wan plak yang jadi techniacian. Ape kes?
So, sampailah sekarang ni Wan terpaksa update blog, cari bahan, usya facebook, layan zon artis, dan segala bagai hanya menggunakan dial-up yang speed’nya boleh membuatkan punggung terbakar menunggu satu-satu page full load. Memang very the haram jadah punyalah. Boleh gitu? (more…)
Diterbitkan pada 8 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Streamyx | Komen: Ada 20 Comments.
Aku ingat nak taip entri untuk blog yang aku calonkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia bagi melengkapkan contest anjuran Denaihati yang aku promo tempoh hari. Tapi memandangkan internet lembab sesangat plus aku masih takde mood dek stress yang melampau-lampau, jadi aku pun taip la entri yang entah apa-apa ni. Actually, bukan entri pun tapi just nak tunjuk kat kamu screenshot lepas aku bayar bil Streamyx jap tadi. Hehehe..

Actually (berapa banyak actually daa..), aku dah ter’delay a.k.a terlewat 2 hari untuk bayar bil tu sebab aku patut bayar sebelum 19. Julai 2009. Tapi memandangkan aku baru je ambil surat kat pejabat pos petang semalam, so tanpa disengajakan ianya terlewat ler. Huhu.. Ala, Telekom Malaysia kan sayang kat aku so nak kisah apa kan? Maklumlah, tak pernah miss bayar bil even bil melambung sampai RM200 gara-gara aku guna dial-up. Tak gitu Mr. TM? (more…)
Diterbitkan pada 21 July '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Miscellaneous, Streamyx | Komen: Ada 9 Comments.

Petang tadi Wan pergi nengok surat kat pejabat pos dan ada surat dari TM yang tujuannya tak lain dan tak bukan adalah untuk meminta duit daripada Wan. Kebetulan Wan ada bawa sedikit duit maka Wan pun bayar la directly. Tapi yang langsung tak boleh blah bila Wan terpaksa membayar hampir RM180 untuk langganan Streamyx yang hanya RM77 sebulan. WTH? So, entri ini tertulis di sini adalah kerana Wan ingin menyatakan kepada dunia yang Wan sangat benci online menggunakan dial-up (mestilah tempiasnya kat TM).
Dari apa yang dah tertulis kat atas ni, rasanya korang sendiri pun tahu kenapa Wan sangat benci online guna dial-up kan. Ya, semestinya kerana Wan terpaksa membayar setiap saat penggunaanya dan ini bermakna Wan perlu mengeluarkan duit lebih dari yang telah Wan bajetkan iaitu RM91.00 sebulan untuk bayaran Streamyx (termasuk caj perkhidmatan telefon). Tapi bila dah guna dial-up, pasti nilai yang tidak disangka-sangka akan tercatat di atas kertas billing TM itu. Hurm..
Jadi, bila dah online guna dial-up terpaksa la Wan mengurangkan masa Wan bersama internet bagi menjimatkan duit. Yer la.. Kalau guna Streamyx, online 24 jam pun takde sape nak kisah kan sebab bayaran tetap macam tu juga. Tapi kata orang, bila dah ketagih (bukan ketagih dadah ek!) memang susah nak ditinggalkan. So, tak hairan la kalau Wan tetap akan online sekurangnya 2 jam setiap kali online atau 6 jam sehari even hanya menggunakan dial-up kerana hidup Wan seakan tidak lengkap kalau sehari tak online. Huhu..
(more…)
Diterbitkan pada 14 April '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal, Streamyx | Komen: Ada 18 Comments.

Alhamdulillah, akhirnya streamyx Wan kini telah boleh digunakan seperti biasa pada petang tadi setelah 2 orang brother technician datang bertandang ke rumah Wan untuk membuat ‘medical check-up’ keatas masalah streamyx yang Wan hadapi. Sekali lagi, Wan nak ucapkan jutaan terima kasih (walaupun dah ucap terima kasih tadi) kerana kalian sudi bersusah payah turun padang untuk menyelesaikan masalah Wan. Huhu.. Tapi maaf la ye sebab Wan tak ambil gambar kalian untuk dimasukkan ke dalam blog yang popular ni. He3
Sebenarnya tiada apa-apa masalah serius dengan streamyx Wan cuma modem yang Wan gunakan ada sedikit masalah dimana kesemua lampu pada modem tidak menyala selain lampu power. Jadi, memang tak dapat connect streamyx la jawabnya. Cek punya cek, brother technician pun tak tahu apa masalah dengan modem Wan itu dan dengan slumbernya melebalkannya sebagai rosak. Dan dengan itu, secara rasminya Wan menerima modem baru sebagai ganti untuk modem yang rosak itu tanpa dikenakan sebarang caj. I like
(more…)

Diterbitkan pada 19 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Streamyx | Komen: Ada 15 Comments.