Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: Streamyx

Streamyx Wan Kini Kembali. Yay!

Streamyx Wan Kini Kembali. Yay!

Alhamdulillah, akhirnya streamyx Wan kini telah boleh digunakan seperti biasa pada petang tadi setelah 2 orang brother technician datang bertandang ke rumah Wan untuk membuat ‘medical check-up’ keatas masalah streamyx yang Wan hadapi. Sekali lagi, Wan nak ucapkan jutaan terima kasih (walaupun dah ucap terima kasih tadi) kerana kalian sudi bersusah payah turun padang untuk menyelesaikan masalah Wan. Huhu.. Tapi maaf la ye sebab Wan tak ambil gambar kalian untuk dimasukkan ke dalam blog yang popular ni. He3

Sebenarnya tiada apa-apa masalah serius dengan streamyx Wan cuma modem yang Wan gunakan ada sedikit masalah dimana kesemua lampu pada modem tidak menyala selain lampu power. Jadi, memang tak dapat connect streamyx la jawabnya. Cek punya cek, brother technician pun tak tahu apa masalah dengan modem Wan itu dan dengan slumbernya melebalkannya sebagai rosak. Dan dengan itu, secara rasminya Wan menerima modem baru sebagai ganti untuk modem yang rosak itu tanpa dikenakan sebarang caj. I like :)

(more…)

Diterbitkan pada 19 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Streamyx | Komen: Ada 15 Comments.

My Best Thing In 2008

Belum terlambat rasanya untuk Wan mengucapkan salam Maal Hijrah (1430 Hijrah) kepada semua umat Islam terutama kepada kau yang sedang membaca blog sengal ini. Semoga setiap penghijrahan yang kita lakukan akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T. InsyaAllah. Tapi jangan kau berhijrah dari yang baik kepada yang tak baik sudah la ye.

Hari ini sudah 30/12/2008 dan hanya tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum angka 2008 itu bertukar kepada 2009 berdasarkan kalendar Gregory. Dan ini bermakna, jika panjang umur kita akan melalui lagi 1 tahun yang kita sendiri belum tahu apa yang akan berlaku.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa agar yang terbaik sentiasa berpihak kepada kita walaupun kau sedia maklum yang Allah S.W.T sudah menjanjikan yang terbaik kepada umatnya tetapi jika tidak diiringi dengan usaha, doa dan tawakal pasti ianya bukan suatu yang mudah untuk diperolehi. Apa yang penting lagi, sentiasalah percaya kepada Qada dan Qadar kerana kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang tetapi Allah S.W.T juga yang menentukan.

(more…)

Diterbitkan pada 30 December '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal, Picture | Komen: Ada 34 Comments.

Streamyx Problem Update

Akhirnya terlaksana juga hajat Wan untuk update mengenai benda ni setelah dibantutkan oleh 2 entri sebelum ini iaitu istimewanya motosikal dan promosi akhir tahun mastereload. Kalau kau belum lagi mengusha entri2 tu, boleh la kau usha lepas baca entri ni k. Ingat, jika kau adalah pemilik akaun Streamyx, kau WAJIB membaca entri ini.

Sebelum kita bermula Wan nak bagi tahu kat kau yang Wan ada menerima tawaran belajar di peringkat degree kat Kolej Legenda dan Wan bercadang nak ambil kos Bachelor of Science (Hons) in Business Information Systems. Walau bagaimanapun, mungkin belum rezeki Wan lagi untuk menjejakkan kaki ke sana memandangkan Wan perlu menyediakan lagi duit sebanyak RM10,000 untuk melengkapkan pembiayaan pengajian Wan itu.

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 5 December '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Must Read, Streamyx | Komen: Ada 19 Comments.