Misi gagal dan selamat tinggal 2009

Hanya tinggal kurang dari 48 jam sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2010. Ini bermakna, entri ini mungkin adalah entri yang terakhir untuk tahun ni atau dalam bahasa mudahnya entri penutup untuk tahun 2009.
Straight to the point. Misi gagal yang aku maksudkan di sini adalah mengenai cabaran buat duit melalui blog yang pernah aku canangkan sebelum ini. Kalau korang mengikuti blog aku ni sejak 6 bulan lepas, rasanya korang tahu kot mengenai cabaran tersebut.
Ok, kenapa gagal? Sebabnya target untuk mendapatkan RM3k dalam tempoh 6 bulan tidak berjaya kerana semasa entri ini ditulis, aku hanya berjaya mengumpul RM1368.05. Itupun selepas aku cashout earning Nuffnang aku. Kalau tak, memang tak merasa la boleh dapat jumlah tu. Huhu.. (more…)


