Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: selamat hari ibu

Selamat hari ibu

Selamat Hari Ibu

Firstly, sempena Hari Ibu ini, Wan nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu especially yang berada kat Malaysia ni sebab Malaysia sambut hari ibu pada hari ini. Huhu.. Memandangkan Wan takde cerita untuk dikongsikan sempena hari ibu ni, apa kata korang ikuti sedikit cerita di bawah dan lihat betapa besar dan hebatnya jasa serta pengorbanan seorang ibu buat anaknya walaupun pada dasarnya pengorbanan itu nampak kecil di mana kita. Layan..

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata: “Makanlah nak, ibu tak lapar.

Ketika saya mulai besar, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata: “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 10 May '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebration, Must Read | Komen: Ada 9 Comments.