Saudacare | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | World Of Mohd. Azizwan™

Hello and welcome to beautiful World Of Mohd. Azizwan™.

Ada apa dengan One Drop Perfumes dan Minyak SaudaCare?

One Drop Perfumes dan Minyak SaudaCare

Sekadar update suka-suka since takde benda ‘penting’ yang mampu aku kongsikan dengan kamu semua. Huhu.. Tapi aku rasa la kan, entri ni mungkin penting juga kot untuk kamu ambil tahu walaupun entri ni hanyalah entri suka-suka. Tak percaya? Cubalah baca dulu..

Actually, aku baru je beli sepasang One Drop Perfumes versi Celebritie’s Special Set beberapa hari lepas (maybe hari selasa kot) dan dah pun selamat aku terima pada petang semalam sekali ngan hadiah top 1st commentator yang aku menangi kat blog Denaihati (serius, murah rezeki aku kat blog ni) iaitu sebotol Minyak SaudaCare. Thanks kat bro @Zul sebab service yang boleh tahan tip top. Tak sampai 5 hari dah boleh merasa bau One Drop Perfumes. Huhu.. Dan thanks juga kat bro Ilham (dah tau dah nama bro) diatas hadiah Minyak SaudaCare tu. Kalau bermurah hati, hadiah’kan lah lagi yer :D

Aku beli One Drop Perfumes ni pun just suka-suka je atau dalam erti kata lain sekadar ingin mencuba. Lagipun aku dapat special price, tu yang terus je beli tu. Huhu.. So, saja nak kongsi sket ngan kamu semua apa yang hebat dengan One Drop Perfumes dan Minyak SaudaCare ni, maka lahirlah entri suka-suka ini.

Ada apa dengan One Drop Perfumes?

One Drop Perfumes

One Drop Perfumes dihasilkan menggunakan pati minyak wangi tanpa campuran alkohol dan juga air. Ini bermakna, One Drop Perfumes boleh digunakan untuk solat tanpa rasa was-was. Penghasilan kesemua minyak wangi dari One Drop Perfumes ini pula di’inspirasikan daripada jenama antarabangsa dimana setiap kotak mempunyai 8 jenis wangian yang berbeza. One Drop Perfumes menggunakan botol ‘miniture roll on’ bersaiz comel bagi memudahkan minyak wangi dibawa kemana sahaja dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Berikut adalah ringkasan mengenai One Drop Perfumes yang aku salin dari brochure yang disertakan kepada aku: (more…)

Posted on 8 August '09 by Azizwan™, under Health, Promotion. 23 Comments.

Jom sertai contest Weblog Popular 1Malaysia anjuran Denaihati

Weblog Popular 1Malaysia

Entri yang aku tuliskan kali ini sekali lagi adalah untuk mempromosi contest sekaligus mengajak kamu untuk menyertainya. Sebelum ni aku promo contest untuk DiGi Speak Up Malaysia yand sudah pun aku sertai dan kali ini pula aku promo Contest Weblog Popular 1Malaysia yang dianjurkan di blog Denaihati.

Apakah tujuan contest Weblog Popular 1Malaysia ini dianjurkan?

Tujuan utama contest ini dianjurkan adalah untuk membantu owner blog Denaihati selaku penganjur contest ini untuk mencari Weblog Popular 1Malaysia supaya beliau dapat menambah ilmu menguruskan blog dengan lebih baik berdasarkan weblog popular yang dicalonkan dari setiap penyertaan.

Apakah hadiah yang ditawarkan untuk contest Weblog Popular 1Malaysia ini?

Hadiah yang ditawarkan untuk contest ini boleh aku katakan sungguh lumayan kerana pihak penganjur menyediakan wang tunai keseluruhan berjumlah RM5,000 (lima ribu ringgit malaysia). Satu jumlah yang jarang malah tidak pernah ditawarkan oleh para blogger even usahawan internet sekalipun. (more…)

Related Posts with Thumbnails

Posted on 10 July '09 by Azizwan™, under Blog, Contest. 20 Comments.