Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: Red devil

My life too SUCKs right now!

Life Sucks

Seriously, dalam seminggu ni aku rasa hidup aku sangat SUCK! walaupun kamu nampak aku macam happy go lucky je. Namun hakikatnya tidak seperti apa yang kamu sangkakan sampaikan aku nak online pun takde mood walhal internet dah macam perkara wajib untuk aku setiap saat. Maybe kamu pun perasan pasal ni sebab kamu jarang nengok aku ber’tweet disiang hari dan cuma nampak di waktu malam. Dan aku online waktu malam tu pun semata-mata nak update blog yang ada. Kalau tak, dah sah-sah kamu takkan nengok aku online. Adakah ini petanda yang aku perlu berehat atau resign terus dari dunia internet ni sekaligus menjimatkan duit aku untuk membayar streamyx setiap bulan? Hurm..

Actually, terlalu banyak yang mahu aku luahkan untuk berkongsi kepada kamu semua tapi nak luahkan lebih-lebih kat blog ni rasa berat sangat la pulak since ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada dunia. Maklumlah, siapa sahaja boleh masuk dan baca kandungan kat blog ni kan? Silap-silap pakcik, makcik, sepupu, sepapat dan awek-awek aku pun baca blog ni dalam diam. Siapa tahu kan? Cuma apa yang boleh aku cakapkan di sini, kehidupan SUCK aku ini berpunca dari tekanan persekitaran aku. Persekitaran apa? Faham-faham sajalah yer since aku masih bergelar seorang penganggur. Damn! (more…)

Diterbitkan pada 19 July '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal | Komen: Ada 11 Comments.

Terima Kasih Cik Peanut & Contest Prelude

Red Devil Daripada Cik Peanut

Pertama sekali Wan nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Peanut kerana Wan sudah menerima hadiah shomel si sang red devil dari kamu. Really like it. Ahakz! Tapi Wan masih tak tahu nak buat apa dengan si red devil tu melainkan meletakkannya di atas meja sahaja. Boleh kan?

Sebenarnya hadiah kamu itu sudah Wan terima pada hari Khamis tapi hari ni baru Wan nak bagi tau. Bukan apa, Wan dah nak inform semalam tapi streamyx Wan plak termasuk dalam kawasan yang bermasalah. Jadi Wan tak boleh nak buat apa-apa selain meminta rebate. Memandangkan tak boleh connect streamyx, Wan pun malas sangat nak online lagi-lagi dengan menggunakan dial-up yang kelajuannya boleh menyakitkan jiwa. Sekali lagi, terima kasih bebanyak yer Cik Peanut.

Contest Prelude

Ok, mungkin ada antara korang yang perasan (tak kurang juga yang tak perasan) pada entri lepas Wan ada menyatakan yang Wan akan membuat contest di blog ini. Dalam perasan-perasan tu, ada pula yang tertanya-tanya mengenai contest tersebut. Tapi Wan percaya yang mereka bukannya tak tahu tapi saja nak jadi kura-kura dalam perahu. Betul kan? Hehehe.. Oleh itu, Wan ambil sedikit ruang di sini untuk menceritakan serba ringkas mengenai contest yang ingin Wan lakukan.< ?p>
(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 14 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Personal | Komen: Ada 13 Comments.