Tag Archives: punca blog tiada pelawat

Ini adalah entri sambungan untuk entri yang aku tulis beberapa hari lepas. Kalau nak baca, bolehlah klik di sini. Kalau taknak baca, terpulanglah kan. Aku langsung takde hak nak paksa korang untuk membacanya. Huhu..
Actually, aku tulis benda ni langsung takde niat nak kondem mana-mana blog since blog aku ni pun bukannya best sangat malah boleh dilabelkan sebagai blog sampah je kot. Cuma aku sekadar nak share apa yang aku tak berapa nak berkenan dengan sesetengah blog yang aku suka baca tapi kerana sebab-sebab yang mungkin owner blog tu terlepas pandang membuatkan aku rasa malas nak baca walaupun aku tau mereka dah update blog mereka. Itu sahaja. Jadi takde timbul apa-apa isu di sini yer.
3. Aku rajin baca blog kau, tapi kan..
Kenapa kau nak susahkan aku dan juga pembaca kau yang lainnya untuk memberikan komen a.k.a respon kat entri kau tu even cikgu aku selalu cakap hendak seribu daya tak hendak seribu dalih? Tapi bagi aku dan ramai lagi mungkin, jika ada yang mudah kenapa perlu buat yang susah. Betul tak? (more…)
Diterbitkan pada 6 July '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Tips, Website | Komen: Ada 46 Comments.

Sebenarnya sudah lama aku mahu menulis pasal benda ni tapi bila aku tanya diri aku balik dan merasakan aku masih noob dalam dunia blogging memblogging, macam tak layak pulak untuk aku menyuarakannya kerana aku sedar siapalah aku berbanding mereka-mereka itu dan kau juga mungkin. Tapi atas dasar rasionalisme (adakah perkataan ni?) dan juga pendapat peribadi semata-mata, maka aku gagahi jua untuk menuliskannya di entri ini.
Apa yang mahu aku tuliskan kali ini adalah mengenai keadaan blog yang buat aku tak berapa senang untuk menghadirkan diri sekerap-kerapnya disebabkan beberapa faktor yang mungkin tuan empunya blog terlepas pandang atau saja buat-buat tak nampak. Tapi macam si garfield kat atas tu cakap, “blog aku, suka hati aku la! yang ko sibuk apasal?”. Jadi, entri ini aku tulis sekadar pendapat dan cadangan semata-mata. Langsung tak terlintas nak ‘paksa’ korang untuk follow apa yang aku tulis ni yer.
1. Aku rajin baca blog kau, tapi kan..
Kenapa kau guna template yang menjadikan warna hitam sebagai warna latar? Aku bukanlah anti mahupun fobia kat blog yang menggunakan warna hitam sebagai warna latar kerana warna itu mungkin warna kegemaran si tuan empunya blog. Al-maklumlah, hitam itu Perilly’s menawan.
(more…)

Diterbitkan pada 30 June '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Website | Komen: Ada 25 Comments.