Mencuba Shuttlecock Pro Ace Aero-Tech 75
Setelah sekian lama menggunakan shuttlecock (bulu tangkis) RSL Tourney No. 1 atau lebih familiar disebut sebagai RSL gold yang bagi aku merupakan antara shuttlecock yang terbaik untuk main badminton, dah time untuk mencuba shuttlecock yang lain pula. Mana ler tahu ada yang lebih baik daripada RSL gold tu (atau paling tidak pun sama) dengan harga yang lebih murah. Maklum sajalah, harga RSL gold tu agak mahal bagi aku yang tak berapa nak berduit ni.

Straight to the point… Shuttlecock yang menjadi pilihan untuk dicuba ialah Pro Ace Aero-Tech 75 dan dengan bajet yang ada, 3 tube telah diangkat. Sebagai percubaan, sepatutnya aku angkat 1 tube je tapi entah kenapa hati ni gatal juga nak beli 3 tube terus. Kena pukau oleh jurujual kedai tu agaknya. Huhu.. Harga per tube RM46, murah RM10 daripada harga RSL gold. Beli 3 tube, jimat ler RM30.. Boleh buat bayar sewa dewan untuk beberapa hari. Weee~
Sejak kembali main secara serius, memang tak pernah guna shuttlecock Pro Ace AT 75 ni jadi memang tak tahu langsung tahap performance dan durability’nya. Tapi dari review kat tenet ni dan apa yang jurujual tu cakap, Pro Ace AT 75 ni lebih kurang je dengan RSL gold dan boleh pakai atleast untuk 2 set strong game asalkan tidak main macam budak baru belajar main atau lebih tepat, pukul dia punya bulu. Huhu.. Aku harap review dan apa yang jurujual tu cakap betul.

Aku dah test pukul-pukul shuttle ni, perbezaan yang jelas ketara ialah layer’nya agak berat berbanding RSL gold. Agak tak berapa nak berkenan di situ sebab ianya akan memaksa kita (bagi yang tak pernah guna shuttlecock Pro Ace AT 75 ni) untuk menyesuaikan cara dan kekuatan pukulan yang mungkin tak berapa nak menjadi walaupun speed 77. Bukan tu aje, silap-silap boleh putus string dibuatnya kalau terlebih power buat pukulan smash. Tak pepasal kena restring. Huhu..
Ok la, tu aje nak tulis. Jadi tunggu apa lagi? Jom ler badminton. Shuttle tak perlu risau, aku sponsor. Kita guna shuttle ni. Huhuhu.. Kalau rajin, nanti aku buat full review pulak. Tengok samada boleh blah ke tak shuttlecock Pro Ace AT 75 ni. Kalau boleh blah, bolehlah gunakan terus. Kalau tak, good bye la jawabnya. (more…)


