Masa dengar (terdengar je sebenarnya) berita TV3 malam tadi, aku ada dengar pasal hadiah Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat sempena 100 hari kepimpinannya sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-6. Actually, aku tak berapa nak ambik port sangat since otak aku dah dimindset yang ianya sekadar ‘mainan politik’ sahaja. Maklumlah, pilihan raya kat Manik Urai akan berlangsung tak lama lagi. Huhu..
Tapi masa aku usya new update kengkawan, blog EiNS Lobby update pasal benda ni. Bila aku baca 11 hadiah yang disenaraikan tu, aku cakap ‘sounds good’ dan aku sangat berharap agar ianya bukan hanya cakap kosong semata-mata since aku dok Sabah.
Apa yang paling aku harapkan ialah Bekalan air di Sabah diperluaskan. Apa tidaknya, kalau kat tempat aku ni air memang tak pernah on 24 jam dan kalau ada sekalipun tak pernah nak kuat. So, terpaksalah guna waterpump untuk dapatkan air lebih (kesian kat yang takde waterpump). Tapi yang kelakarnya, air akan keluar dengan kuat dan lancarnya bila ada ‘orang kuat’ kerajaan datang kat tempat Wan ni sampai semua orang kampung dah cakap yang air kat tempat Wan ni ialah air menteri. Tak percaya? Kamu datanglah sini. (more…)
Macam pelik je aku post benda ni. Apa taknya, bukan ada isi apa pun. Huhu.. Tapi tu la, aku tertarik juga nak post sebab dari isu peribadi Datin Seri Rosmah Mansor yang didedahkan oleh pihak yang rapat atau hampir dengan beliau baru-baru ini tetiba beralih kepada perdebatan politik. Maksud aku, komen-komen yang diberikan.
Habis keluar segala PKR, DAP, PAS, UMNO, BN dan segala bagai parti lagi (ada lagi ke parti selain yang dah disebutkan? Hehe). Jadi saja aku tepek komen-komen dari YouTube tu kat sini untuk tatapan korang. Kalau rajin, bolehlah baca. Kalau tak rajin, skip la jawabnya. Huhu..
Makin jarang plak aku update blog ni yer.. Masa blog down tempoh hari, sebok tanya bila OK balik. Tapi bila dah sihat balik ni, takde juga updatenya. Huhu.. Entah la, aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kena badi kehilangan mood kot gara-gara blog down tempoh hari tu sampai nak update blog pun kena perah otak bagai. Apa kes?
OK la, malas aku nak tulis panjang-panjang sebab entri ni pun sekadar entri tangkap muat je. Yer la, asalkan blog ber’update katanya. Lagipun, kalau aku tulis panjang2 nanti, entah apa pulak jadinya kan. Korang pun tentulah malas nak baca. So, tanpa membuang masa, korang kena layan video penuh kotroversi kat bawah ni.