Peraduan Digi | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | World Of Mohd. Azizwan™

Hello and welcome to beautiful World Of Mohd. Azizwan™.

(Speak UP!) Say Yes To Blogging

Say Yes To Blogging

Ini adalah entri khas untuk DiGi speak up Malaysia contest yang aku promo sebelum ni. So, sila jangan hairan mengapa ayat pada entri ini agak skema kerana ianya adalah sebuah karangan yang hanya akan mendapat markah kasihan je kot. Hehehe..

Dewasa ini, weblog atau lebih sinonim dengan panggilan blog semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia termasuklah di Malaysia ini sendiri. Hal ini kerana, kesedaran perlunya mempunyai blog semakin meluas ditambah lagi dengan kemudahan capaian internet yang dialami sekarang berbanding 10 tahun yang lepas. Jadi tidak hairanlah jika blog pada masa kini dilihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Seperti yang semua sedia maklum, selain surat khabar dan juga televisyen, blog merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan dan memperolehi maklumat malah boleh dijadikan sebagai medan berdiskusi untuk saling bertukar idea dan pendapat antara pembaca dan penulis blog itu sendiri. Misalnya mengenai isu semasa yang sedang berlaku. Dengan adanya blog, isu semasa tersebut boleh dibincangkan sekaligus dapat melihat dimana pro dan kontra setiap isu yang dibincangkan. Maka tidak hairanlah jika kebanyakkan ahli politik sekarang ini berlumba-lumba untuk mempunyai blog mereka sendiri kerana mereka mula sedar bahawa blog itu juga sangat besar kuasanya dalam menyampaikan visi dan misi kepimpinan mereka serta idea-idea berkaitan politik dan sebagainya. (more…)

Posted on 9 July '09 by Azizwan™, under Blog, Contest, Nuffnang. 9 Comments.

DiGi speak up Malaysia contest

Speak UP!

Adakah korang tahu bahawa buat masa ini DiGi dan Nuffnang sedang bekerjasama menganjurkan contest yang diberi nama “Speak Up Malaysia”? Mungkin ada yang dah tahu sebab semenjak dua menjak ni iklan mengenainya telahpun dipaparkan oleh Nuffnang kat blog-blog yang meletakkan iklan mereka dan mungkin ada juga yang tak tahu sebab taknak ambil tahu atau saja buat-buat tak tahu. Huhu..

Jadi aku tulis entri ni semata-mata nak ajak korang terutamanya korang yang bernama (maksud aku bangsa) Melayu untuk sertai contest ni since kebanyakkan penyertaan yang aku tengok setakat ni dimonopoli oleh mereka yang bukan berbangsa Melayu (lebih tepat Cina kot?). Bukan apa, dengan contest inilah kita sebagai orang Melayu berpeluang utk menyuarakan apa yg terbuku di hati. Kui3..

Untuk menyertainya, korang hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah seperti yang tertera kat bawah ni dengan syarat korang mempunyai handphone yang boleh menghantar MMS. Kalau takde handphone berkamera dan tak boleh hantar MMS, tak dapat aku nak nolong. Huhu (more…)

Related Posts with Thumbnails

Posted on 8 July '09 by Azizwan™, under Contest, Nuffnang, Promotion. 13 Comments.