Tag Archives: Online contest
First of all, aku minta maaf sebab buat ramai (ramai ke?) tertunggu-tunggu aku umumkan keputusan Contest Teka Jumlah Cash Out Nuffnan #1. Kalau nak diikutkan, siang tadi aku dah update keputusan ni tapi sebab ada hal sket yang perlu disetelkan, terpaksa la aku tangguhkan dulu.
Baiklah, tanpa membuang masa, aku nak bagi tahu bahawa jumlah cash out Nuffnang pada bulan lepas takde la banyak mana, cuma RM273.70 sahaja. Maklumlah, blog ni bukan blog kesayangan Nuffnang. Huhu.. Untuk bukti, anda boleh lihat screenshot kat bawah ni.

Jadi, pemenangnya adalah (more…)
Diterbitkan pada 4 January '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest | Komen: Ada 12 Comments.
Aku baru sahaja cash out pendapatan Nuffnang aku sebentar tadi yang mana hampir keseluruhan pendapatan tersebut terhasil dari blog ini. Disebabkan aku dah cash out, macam tak best pulak kalau pendapatan tu tak dikongsikan sedikit kepada anda. Hee..
Jadi aku telah membuat keputusan untuk membuat satu contest mudah dimana anda berpeluang untuk memenangi sedikit daripada pendapatan aku itu. Oleh kerana ianya bersangkut paut dengan cash out Nuffnang, aku namakan contest ini sebagai Teka Jumlah Cash Out Nuffnang.
Tapi kenapa ada #1 tu? Disebabkan ini adalah pertama kali aku buat contest Teka Jumlah Cash Out Nuffnang, so aku letak la #1 tu yang bermaksud pertama. Siapa tahu lepas ni aku akan buat lagi, letak #2 pulak (dan seterusnya.. insyaAllah).
Ok la, jom kita start sebab celoteh panjang2 pun bkn korang nak baca. Kih3
Berikut adalah jumlah cash out (telah di’censored) yang perlu anda teka:

*Hint: Lebih RM100, kurang RM700 dan ianya adalah earning terkumpul Jun hingga Disember.
Syarat wajib patuh:
1. Siapa sahaja boleh sertai contest ini kecuali kaki tangan dan mereka-mereka yang terlibat dengan Nuffnang.
2. Setiap seorang hanya boleh membuat 1 tekaan sahaja. Jika didapati memberi lebih dari 1 tekaan, penyertaan akan dibatalkan tanpa kompromi.
3. Jawapan hanya perlu diberi kat kotak komen bawah tu. Maksudnya, tak perlu susah-susah buat blog post.
4. Pemenang dipilih berdasarkan tekaan yang tepat atau paling hampir (kurang dari nilai tepat). So, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
5. Syarat mungkin ditambah ikut kesesuaian.
Hadiah: (more…)
Diterbitkan pada 30 December '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest | Komen: Ada 43 Comments.

Wah! Lama blog ni tak berupdate yer. Huhu.. Jadi bagi mengelak ianya terus dibiarkan tanpa sebarang update dan sebelum ianya bersawang, ni aku update sket dimana aku nak bagi tahu kat korang 4 sebab kenapa aku suka sertai blog contest. Yer la, kalau korang nengok sendiri kat blog ni, rasanya tak terkira kot dah berapa banyak blog contest yang aku sertai. So, inilah masanya nak bagi tahu kat korang kenapa aku join contest-contest tu. Kalau rajin, jom la baca yer. Hee..
1. Aku nak menang hadiah
Ok! Jujur aku cakap yang point utama aku sertai mana-mana blog contest adalah sebab aku nak menang hadiah. Yer la, siapa tak mahu menang hadiah lagi-lagi kalau hadiah tu baik punya. Misalnya macam contest ni dimana hadiah yang ditawarkan berupa sebuah laptop. Bila dah hadiah gempak macam tu, mestilah nak sertai punya. Sama ada dapat atau tak tu, itu belakang kira.
Dan nak bagi tahu la yang sepanjang aku menyertai blog contest, ada beberapa kali jugalah aku menang hadiah yang besar punya antaranya contest ni dan juga contest ni. Kedua-dua hadiah tu aku dapat dari contest yang dianjurkan oleh tuan punya blog yang semakin hebat dan mantap sekarang ni, siapa lagi kalau bukan DENAIHATI. Makaseh yer bro. (more…)
Diterbitkan pada 17 May '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal | Komen: Ada 32 Comments.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Aku tahu kebanyakkan yang dok usya dan sudi layan blog aku ni adalah dari kalangan blogger yang semestinya mempunyai blog sendiri. Jadi aku nak ambil kesempatan ini untuk mem’promo contest yang dianjurkan di blog yang bebas sebebas bebasnya, apa lagi kalau bukan Zon Bebas.
Contest tu berbentuk review. Jadi kalau korang terer bab-bab review ni, boleh la tunjukkan ketereran (apa punya perkataan dah) korang tu dengan menyertai contest tersebut. Yer la, peluang macam ni bukan selalu datang. Jadi bila dah datang, takkan nak lepaskan pulak?
Yang tak pernah dan konon’nya tak reti buat review tu pun apa salahnya korang join sama. Maklumlah, tuah ayam nampak di kaki, tuah ngko tengok la camne nanti. keh3.. Kalau tak menang pun sekurang-kurang’nya sebagai 1st step untuk korang mengasah bakat dan menambah mutu penulisan korang. Ha, kan elok tu. Hee.. (more…)
Diterbitkan pada 25 April '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Promo | Komen: Ada 13 Comments.

Masa online petang tadi, agak terkejut juga bila baca twitter mention daripada blogger kacak siapa lagi kalau bukan Apiih cakap yang aku tersenarai sebagai salah seorang pemenang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL siap minta belanja kepsi lagi. Terus aku cakap, biar betul mamat ni?
Lepas je baca mention tu, aku pun apa lagi, teruslah ambush blog Denaihati untuk nengok sama ada apa yang si Apiih bagi tau tu betul atau sekadar propa je. Dan bila aku nengok dengan mata sendiri, patutlah awal-awal lagi si Apiih nak aku belanja beliau kepsi. Kui3 (more…)

Diterbitkan pada 18 February '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Personal | Komen: Ada 23 Comments.