One Malaysia | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | World Of Mohd. Azizwan™

Hello and welcome to beautiful World Of Mohd. Azizwan™.

Weblog Popular 1Malaysia

Weblog Popular 1Malaysia

Weblog Popular 1Malaysia

Untuk makluman kamu semua, sebelum ni aku ada menulis entri promo untuk contest Weblog Popular 1Malaysia yang dianjurkan oleh tuan punya blog www.denaihati.blogspot.com yang mana hadiahnya boleh tahan lumayan kerana nilainya mencecah bukan ratusan ringgit tapi ribuan ringgit. Ya ribuan ringgit dan ianya dalam bentuk CASH. Oleh kerana itu, entri kali ini pula adalah entri susulan dari entri promo tersebut kerana pada entri kali ini aku akan menamakan 1 blog sebagai Weblog Popular 1Malaysia.

Agak sukar juga sebenarnya untuk aku memutuskan blog mana yang sangat-sangat sesuai dicalonkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia memandangkan terlalu banyak blog yang boleh aku calonkan. Namun setelah difikir semasak-masaknya berdasarkan beberapa faktor (cewah) yang bersesuaian dengan penganjur contest itu sendiri dan membantu beliau mencapai matlamatnya dalam penjenamaan Denaihati itu sendiri maka, Weblog Popular 1Malaysia pilihan World Of Mohd. Azizwan ialah (more…)

Posted on 28 July '09 by Azizwan™, under Blog, Review. 38 Comments.

Video pendedahan mengenai Rosmah Mansor dipolitikkan

Rosmah Mansor
klik sini untuk lihat video

Macam pelik je aku post benda ni. Apa taknya, bukan ada isi apa pun. Huhu.. Tapi tu la, aku tertarik juga nak post sebab dari isu peribadi Datin Seri Rosmah Mansor yang didedahkan oleh pihak yang rapat atau hampir dengan beliau baru-baru ini tetiba beralih kepada perdebatan politik. Maksud aku, komen-komen yang diberikan.

Habis keluar segala PKR, DAP, PAS, UMNO, BN dan segala bagai parti lagi (ada lagi ke parti selain yang dah disebutkan? Hehe). Jadi saja aku tepek komen-komen dari YouTube tu kat sini untuk tatapan korang. Kalau rajin, bolehlah baca. Kalau tak rajin, skip la jawabnya. Huhu..

Berikut adalah komen-komen tersebut:

Komen mengenai Rosmah Mansor

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Posted on 4 July '09 by Azizwan™, under Freedom Talk, Miscellaneous, Politic. 10 Comments.