Nota: Ini adalah entri re-publish. Entri asal dan kesemua komen yang diberikan sebelum ini telah hilang akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. So, aku minta maaf bebanyak diatas kesilapan tersebut.

Huh.. Dah lama rupanya Wan tak ngupdate blog ni. Mesti kamu dah bosan masuk blog ni kan? Huhu.. Biasalah, Wan pun tak tahu kenapa boleh jadi lagu tu. Nak kata bz tak juga sebab ada je masa lapang Wan sampai tak tahu nak buat apa dengan masa yang ada tu. Hurm.. Maybe sebab takde benda yang boleh Wan tulis kot. Tu yang buat-buat ingat tak ingat kat blog ni. Huhu.. Kesian kau blog dapat owner yang hampeh.
Okeh! Macam title kat atas tu, Wan nak maklumkan kat korang semua yang Wan sudah berpindah hosting. Ya, berpindah hosting. Jika sebelum ini Wan menggunakan My Online Hoster, tapi kini Wan dah menggunakan Sepaku Hosting. Ini bermakna, blog picisan Wan ni dah dok under Sepaku Hosting. Yeah!
Kenapa Wan pilih Sepaku Hosting? Serius, soalan ni agar sukar untuk dijawab (buat masa sekarang) kerana Wan pun baru je guna hosting ni. Belum pun sampai 3 hari semasa entri ni ditulis. Tak masuk akal la kan kalau Wan cakap hosting ni bagus dan blablabla. Tapi dari review yang pernah Wan baca dari pelanggan yang dah menggunakan Sepaku Hosting ni, Wan percaya bahawa Sepaku Hosting ni adalah antara yang terbaik dalam kelompok terbaik. Faham kan? Oh ya, kalau nak baca review tersebut, kamu boleh baca di sini yer. (more…)
Diterbitkan pada 9 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Review | Komen: Ada 6 Comments.

Salam semua. Actually, Wan pun tak tahu kenapa Wan perlu tulis entri ni. Tapi since dah beberapa orang tetamu berhemah yang Wan tak kenal siapakah gerangannya menjerit kat shoutbox tu kata blog ni adalah blog plagiat, maka ada baiknya Wan tulis entri ni untuk declare kat kamu semua yang blog picisan ni sememangnya blog plagiat. Puas hati? Tapi masalahnya sekarang, betul ke blog ni blog plagiat?

Sebelum tu, kamu baca dulu apa maksud plagiat tu yer. Plagiat itu mengambil penuh/separuh/suku sesuatu kandungan isi dari blogger lain ke blogger sendiri. Samada ia sekadar mengambil idea, teks atau hasil kerja dan mengaku apa yang mereka plagiat itu adalah hakmilik sendiri itupun dah orang panggil plagiat. (dilarang melarang)
Jika kamu mengikuti blog ni, pernah tak kamu terbaca mana-mana kandungan’nya yang menyerupai entri dari blog lain? Maybe juga ada since Wan ni ada sedikit penyakit lupa ingatan. Huhu.. Tapi pernah tak kamu lihat yang Wan tidak menyertakan sebarang source untuk mana-mana entri yang Wan ambil?
Macam screenshot yang Wan tunjukkan kat atas tu, tetamu berhemah kata blog ni macam blog justkhai.com dan tak semana-mana dia tanya blog ni plagiat ke tak? Tapi kalau secara khusus, dah boleh agak sememangnya dia nak kata yang blog ni plagiat justkhai.com. Saja letak tanda tanya. Huhu.. (more…)
Diterbitkan pada 7 September '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Freedom Talk | Komen: Ada 37 Comments.

Tahniah kerana anda terbaca entri ini kerana tahukah anda bahawa anda sebenarnya berpeluang untuk memiliki sebuah kamera digital tanpa perlu mengeluarkan wang walau RM0.01 sekalipun utk memilikinya? Ya, ianya adalah benar! Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Hahaha.. Apekah jadah guna ayat poyo macam ni? Tapi betul, korang memang berpeluang untuk memenangi sebuah kamera digital yang berharga +/- RM250.
Aku tak nak tulis panjang-panjang sebab aku sedia maklum yang korang bukan rajin sangat pun nak baca entri yang panjang berjela kan? Huhu..
Ok, bagaimana untuk memenangi kamera digital tersebut? Itu mudah saja. Apa yang perlu korang lakukan hanyalah sertai ‘the very easy contest’ yang dianjurkan di blog hiburan underground paling popular masa kini iaitu Zon Artis. Ini bermakna, sambil bersantai adalah juga peluang untuk dapat hadiah. Taklah just buang masa dok melayan blog gosip dan cerita artis tanpa apa-apa ganjaran. Kalau macam tu, buat taek mata lagi bagus kan? Hehehe..
(more…)

Diterbitkan pada 22 June '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest | Komen: Ada 20 Comments.