
Tiba-tiba aku teringin nak beli Blackberry Torch 9800. Nengok gambar kat atas tu je, sudah cukup buat aku teruja untuk memilikinya.

Hampir meleleh air liur aku nengok keseksian dan kelangsingan Blackberry Torch 9800 ni. Itu baru dalam gambar. Kalau depan mata, maybe boleh pengsan kot. Huhu.. Dan dengan touch screen serta QWERTY keyboard yang dibangunkan pada Blackberry Torch 9800 ni, tambah membuak-buak nafsu jantan ku nak pergi pre-register kat website Celcom sekarang. Woot!
Ya, Blackberry Torch 9800 ni adalah smartphone pertama (ulang sekali lagi, smartphone pertama) yang dibangunkan dengan touch screen dan QWERTY keyboard. So, boleh pilih sama ada nak guna touch screen ataupun keyboard. Kalau takut screen 3.2 inci Blackberry Torch 9800 yang super cun tu kotor, bolehlah guna keyboard. Senang cakap, boleh pilih ikut keselesaan. (more…)
Diterbitkan pada 27 October '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celcom, Review | Komen: Ada 10 Comments.
Blog picisan ini baru sahaja kembali beroperasi seperti biasa setelah lebih kurang dua hari ianya under suspended gara-gara makan terlalu banyak RAM (seperti yang dimaklumkan kepada Wan).
Actually Wan masih takde mood untuk meng’update blog buat masa ni plus takde apa yang menarik untuk dikongsikan dan dibincangkan. Namun bagi mengelakkan blog ini dari terus dibiarkan tanpa entri baru yang mungkin akan menyebabkan kamu semua ‘naik bosan’ kerana asyik melihat entri yang sama setiap kali bertandang ke sini, maka Wan gagahi jugalah untuk meng’update sesuatu even ianya langsung tak boleh blah. Yer la, kalau tak update manade orang yang nak datang kan? Huhu..
Ok la, memadangkan Wan tak tau nak tulis apa lagi dah, apa kata kamu terus je nengok gambar kat bawah ni dan pastikan kamu perhatikan betul-betul gambar tu yer. Bukan apa, Wan takut kamu terlepas pandang je. Huhu.. Tapi sebelum tu Wan nak ingatkan, jika kamu ada penyakit lemah jantung, Wan nasihatkan agar kamu tengok gambar tu macam tu saja la yer sebab Wan takut nanti tak pasal-pasal ada plak yang terkejut beruk. Lagi parah kalau terus KO! Kan naya tu. Huhu..
Gambarnya..

Nak gambar yang lebih besar? klik di sini
Macam, cantik tak meja tu? Hehehe.. Actually, tu je nak tunjuk sebenarnya. Tapi kalau kamu ternampak sesuatu yang agak pelik, jangan libatkan Wan dalam hal ini yer. That’s mean, sila tanggung sendiri 

Diterbitkan pada 18 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Fun & Jokes, Picture | Komen: Ada 40 Comments.