
Setelah sekian lama blog aku ni tak memberi sebarang effort kat korang, maklumlah asyik dok update dengan entri merapu meraban je, akhirnya dapat juga aku kongsikan something yang tak seberapa kat korang yang mempunyai blog dan memasang iklan Nuffnang. Sebenarnya dah beberapa hari lepas lagi aku nak share benda ni, tapi kemalasan untuk menaip plak menjadi-jadi. Huhu..
Walau bagaimanapun, aku nak minta maaf awal-awal yer sebab apa yang aku kongsikan ni hanya untuk mereka-mereka yang menggunakan blog WordPress self-hosted je. So, korang yang guna blogspot dan what so ever tu, jangan marah ok. Tapi tak salah rasanya kalau korang follow sebab mana ler tau kan esok lusa korang akan guna blog self-hosted juga. Jadi senang nak apply. Tak gitu?
Sebelum aku start benda ni, nak citer la sket kenapa korang perlu buat benda ni. Ok! Salah satunya adalah bagi memudahkan korang kerana dengan memasang plugin ni, korang tak perlu nak pening kepala untuk letak coding Nuffnang bagi memastikan ianya berada pada kedudukan diantara entri terkini dan entri sebelumnya seperti yang dapat korang lihat kat blog aku sekarang ni la. Ini kerana, plugin tersebut secara automatik akan melakukannya untuk anda. Sungguh menarik bukan? Kalau dulu, aku kena tampal coding Nuffnang tu dua kali dimana satu kat Main Template dan satu kat Single Post. Maklumlah, time tu noob giler seh. Huhu.. Tapi sekarang dak lagi setelah menggunakan plugin ni. Muahaha (more…)
Diterbitkan pada 24 January '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Nuffnang, Tutorial | Komen: Ada 37 Comments.
Mungkin anda tidak mengenali siapakah gerangan’nya Encik Megat ini kerana beliau bukanlah seorang artis seperti Aizat yang baru je menang Anugerah Juara Lagu yang ke-24 semalam mahupun Maria Ozawa yang sentiasa menjadi buruan penggila video lucah diluar sana. Walaupun anda tidak mengenali beliau, namun saya sangat berharap agar anda dapat terus membaca entri ini.

Al-kisah bermula.. Selepas saya membaca post bertajuk Tangisan Aku, Isteri Dan Anak-anak yang ditulis sendiri oleh Encik Megat di blog beliau beberapa hari lepas, saya rasa terpanggil untuk mengajak anda semua untuk sama-sama membantu Encik Megat dalam meringankan beban yang sedang ditanggung oleh beliau sekeluarga atau dalam bahasa mudahnya memberi sumbangan dalam bentuk kewangan walaupun anda tidak mengenali beliau.
Kenapa perlu dibantu? Ada baiknya anda baca sendiri post yang ditulis oleh beliau itu untuk merasa lebih fill seperti apa yang saya rasakan.
Saya faham, memang agak sukar untuk kita memberikan bantuan kepada orang lebih-lebih lagi jika orang tersebut tidak kita kenali. Malah mungkin ada diantara anda yang akan berkata “aku pun susah jugak, takde sape pun nak tolong. Inikan pulak nak tolong orang”. Namun dalam situasi Encik Megat ni, saya berharap sesangat agar anda buang jauh-jauh ‘mindset’ tersebut dan bukakanlah hati untuk menghulurkan sedikit sumbangan (sedekah) walaupun hanya RM1 asalkan kita ikhlas. Siapa tahu, dengan RM1 yang kita sedekah’kan itu, pintu rezeki kita akan terbuka lebih luas (dengan izin Allah S.W.T).
Selain sumbangan peribadi yang anda berikan secara terus, anda juga boleh membantu mengumpul lebih banyak dana untuk disumbangkan kepada Encik Megat dengan beberapa cara seperti kat bawah ni. So, sokongan dari anda semua adalah sangat-sangat diharapkan. (more…)
Diterbitkan pada 11 January '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Must Read | Komen: Ada 12 Comments.

Hanya tinggal kurang dari 48 jam sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2010. Ini bermakna, entri ini mungkin adalah entri yang terakhir untuk tahun ni atau dalam bahasa mudahnya entri penutup untuk tahun 2009.
Straight to the point. Misi gagal yang aku maksudkan di sini adalah mengenai cabaran buat duit melalui blog yang pernah aku canangkan sebelum ini. Kalau korang mengikuti blog aku ni sejak 6 bulan lepas, rasanya korang tahu kot mengenai cabaran tersebut.
Ok, kenapa gagal? Sebabnya target untuk mendapatkan RM3k dalam tempoh 6 bulan tidak berjaya kerana semasa entri ini ditulis, aku hanya berjaya mengumpul RM1368.05. Itupun selepas aku cashout earning Nuffnang aku. Kalau tak, memang tak merasa la boleh dapat jumlah tu. Huhu.. (more…)
Diterbitkan pada 30 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal | Komen: Ada 34 Comments.

Wuhuu.. Aku tak tahu nak mula macam mana. Cuma apa yang boleh aku katakan sebagai mukadimah entri ni ialah, sekarang ni aku dalam mood yang agak happy walaupun baru je beberapa hari lepas aku down gila disebabkan kes ni. Huhu.. Korang nak tahu kenapa aku happy? Woot! Takkan tak tau lagi kot. Kan dah tunjuk kat atas tu. Hehehe..
Untuk makluman korang (nak bagi tau juga even korang tak nak tahu. hee), cek tu adalah cek pertama yang aku terima dari Nuffnang. Ya, cek pertama atau dalam bahasa orang putihnya, first cheque. Hehe.. Agak sadis juga disitu sebab dah lebih dari setahun aku berblogging bertemankan iklan-iklan mereka, baru ler dapat cek yang pertama. Bapak gila lama tu kan? Tapi nak buat macam mana, dah nasib badan. Maklumlah, aku kan sekadar blogger picisan yang menumpang di sudut dunia blogging ni. Sebab tu earning Nuffnang sekadar sekupang dua je. Uhuk.. Uhuk.. (more…)
Diterbitkan pada 12 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Nuffnang, Personal | Komen: Ada 58 Comments.
Adeh! Gara-gara streamyx yang cam lahanat, Wan hampir saja terlupa untuk update statistik blog ni untuk bulan lepas. Sepatutnya benda ni dah update awal bulan hari tu lagi, tapi nak buat macam mana sebab streamyx Wan buat pasal. Online pun kejap-kejap je sebab guna dial-up, tu yang Wan takde mood nak update blog. Haish.. Nak je Wan pecah-pecahkan modem streamyx ni.
Ok la, kat bawah ni statistik pelawat blog ni untuk bulan lepas (September). Tapi Wan nak minta maaf sebab Wan tak tahu macam mana nak kira untuk dapatkan jumlah pelawat bulan lepas. Maklumlah, Wan tak reti sangat bab-bab calculate ni. Takpe kan? Hahaha.. So, kamu layan sajalah statistik kat bawah ni dan kalau rajin, tolonglah kirakan untuk Wan yer. Boleh? Huhu..

Sambungan kat bawah ni (more…)

Diterbitkan pada 9 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Nuffnang | Komen: Ada 6 Comments.