Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: nuffnang malaysia

Terima kasih Nuffnang.. Sayang korang

Cek Nuffnang

Wuhuu.. Aku tak tahu nak mula macam mana. Cuma apa yang boleh aku katakan sebagai mukadimah entri ni ialah, sekarang ni aku dalam mood yang agak happy walaupun baru je beberapa hari lepas aku down gila disebabkan kes ni. Huhu.. Korang nak tahu kenapa aku happy? Woot! Takkan tak tau lagi kot. Kan dah tunjuk kat atas tu. Hehehe..

Untuk makluman korang (nak bagi tau juga even korang tak nak tahu. hee), cek tu adalah cek pertama yang aku terima dari Nuffnang. Ya, cek pertama atau dalam bahasa orang putihnya, first cheque. Hehe.. Agak sadis juga disitu sebab dah lebih dari setahun aku berblogging bertemankan iklan-iklan mereka, baru ler dapat cek yang pertama. Bapak gila lama tu kan? Tapi nak buat macam mana, dah nasib badan. Maklumlah, aku kan sekadar blogger picisan yang menumpang di sudut dunia blogging ni. Sebab tu earning Nuffnang sekadar sekupang dua je. Uhuk.. Uhuk.. (more…)

Diterbitkan pada 12 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Nuffnang, Personal | Komen: Ada 53 Comments.

Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

Statistik bulan Ogos 2009

Start dari bulan lepas Wan dah janji nak share statistik blog ni untuk setiap bulan kan. Jadi macam biasalah, post awal bulan ni Wan akan menunjukkan statistik tersebut. Dan seperti yang kamu semua nanti-nantikan (ada ke? huhu..), berikut adalah statistik blog picisan ni untuk bulan lepas. Saksikan..

Statistik bulan Ogos 2009

+ 160 untuk 31 Ogos 2009

Ini bermakna, statistik rasmi pelawat (termasuk korang la tu) yang datang bertandang ke blog ini untuk bulan lepas berdasarkan angka rasmi yang diberikan oleh Nuffnang adalah 6022. Fuh, sket sangat kan? No wonder la earning Nuffnang Wan tak pernah nak bertukar angka. Huhu..

Untuk pendapatan dari blog pula, nampaknya bulan lepas tak banyak malah hampir-hampir saja takde. Huhu.. Tapi biasa ler, rezeki tu kejap ada kejap takde. Apa yang penting, kita berusaha, berdoa dan bertawakal, insyaAllah akan ada ler hasilnya tu nanti. (more…)

Diterbitkan pada 2 September '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Nuffnang | Komen: Ada 13 Comments.

Tagged: , , , , , , , , , .

(Speak UP!) Say Yes To Blogging

Say Yes To Blogging

Ini adalah entri khas untuk DiGi speak up Malaysia contest yang aku promo sebelum ni. So, sila jangan hairan mengapa ayat pada entri ini agak skema kerana ianya adalah sebuah karangan yang hanya akan mendapat markah kasihan je kot. Hehehe..

Dewasa ini, weblog atau lebih sinonim dengan panggilan blog semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia termasuklah di Malaysia ini sendiri. Hal ini kerana, kesedaran perlunya mempunyai blog semakin meluas ditambah lagi dengan kemudahan capaian internet yang dialami sekarang berbanding 10 tahun yang lepas. Jadi tidak hairanlah jika blog pada masa kini dilihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Seperti yang semua sedia maklum, selain surat khabar dan juga televisyen, blog merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan dan memperolehi maklumat malah boleh dijadikan sebagai medan berdiskusi untuk saling bertukar idea dan pendapat antara pembaca dan penulis blog itu sendiri. Misalnya mengenai isu semasa yang sedang berlaku. Dengan adanya blog, isu semasa tersebut boleh dibincangkan sekaligus dapat melihat dimana pro dan kontra setiap isu yang dibincangkan. Maka tidak hairanlah jika kebanyakkan ahli politik sekarang ini berlumba-lumba untuk mempunyai blog mereka sendiri kerana mereka mula sedar bahawa blog itu juga sangat besar kuasanya dalam menyampaikan visi dan misi kepimpinan mereka serta idea-idea berkaitan politik dan sebagainya. (more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 9 July '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest, Nuffnang | Komen: Ada 9 Comments.

Tagged: , , , , , , , , , , , , , .