
Hahaha.. Memandangkan dah berhari-hari aku tak update blog ni plus tak tahu nak update apa, maka entri kali ini cuma entri ntah apa2 ntah dimana aku nak jual mousepad kat korang. Namun begitu, tak bermakna aku paksa korang untuk membelinya yer sebab ni pun just nak promosi je. Huhu.. Kalau nak beli aku sangat mengalu-alukannya, kalau tak nak beli aiman tak kisah. Hehe..
Ok, kualiti mousepad yang aku promo ni boleh dikatakan berada pada tahap yang sangat ‘terbaek wok’ dan secara peribadi aku bagi 5 bintang sebab aku sendiri menggunakan mousepad ni. Sampai sekarang mousepad yang aku guna ni masih elok je walaupun dah berkali-kali aku cuci. Tak ke hebat tu? Huhu.. Tak perlu cakap banyak, apa kata korang usya dulu mousepad yang ada..
(more…)
Diterbitkan pada 20 June '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Promotion | Komen: Ada 10 Comments.

Kau perasan tak yang blog ini tidak berupdate dalam tempoh yang agak lama? Bukan Wan sengaja untuk tidak mengupdatenya tetapi blog ini dilanda sedikit masalah teknikal. Jika kau pernah masuk ke blog ni sebelum ini, kau mesti perasan yang blog ini memaparkan ayat Error establishing a database connection. Sebenarnya, ianya hanyalah masalah kecil buat kau tapi tidak bagi Wan yang masih tidak tahu akan selok-belok cPanel ni. Jika tidak kerana masalah yang melanda, pastinya blog ini sudah mempunyai beberapa entri untuk kau baca. Dan kerana masalah ini jugalah, Wan seakan-akan tidak berminat lagi untuk berblogging dan bercadang akan hanya menumpukan kepada bisnes di eBay. LOL
Ok, kita tinggalkan masalah yang melanda itu dalam lipatan kenangan yang sungguh indah walaupun ianya adalah sebaliknya. huhu.. Berbalik kepada entri kali ini, Wan sekali lagi ingin membuktikan kepada kau betapa seronoknya berniaga di eBay kerana hasil yang kita perolehi kadangkala sangat di luar jangkaan. Dan ini adalah buktinya dimana dengan mousepad yang harganya tidak pun sampai RM10 dipasaran Malaysia, tetapi di eBay harganya mampu melambung sehingga lebih dari RM50. WOW!
Apa, kau tak percaya? Percaya atau tidak itu terpulang kepada kau kerana di sini Wan ada menyediakan 2 screenshot yang Wan ambil dari akaun eBay Wan untuk kau lihat. Sila klik continue reading jika kau ingin melihatnya.
(more…)

Diterbitkan pada 31 January '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: eBay, Personal | Komen: Ada 30 Comments.