
Saja update blog dengan benda ni sebab takde apa-apa yang dapat Wan tuliskan semenjak dua menjak ni. Kamu pun perasan kan? Huhu.. Oleh itu, Selamat Hari Kebangsaan (merdeka la tu) yang ke-52 Wan ucapkan buat negara Malaysia yang Wan cintai. Uhuk..uhuk..
Oh ya, alang-alang dah tulis entri pendek ni nak tambah la sket. Kat twitter tadi masing-masing sibuk nak tulis apa diorang punya pengertian mengenai merdeka. So, kalau kamu rajin, tulislah apa erti merdeka bagi kamu kat komen bawah tu yer. Ada berani? Hehehe..

Ini update ohtweet yang punya. Hahaha..
Dan kat bawah ni pulak adalah Malaysian Google Doodle sempena merdeka yang ke-52 Malaysia. Boleh tahan kool eh! (more…)
Diterbitkan pada 31 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebration, Freedom Talk | Komen: Ada 8 Comments.
Hari ni aku tak berapa nak happy sebab tetiba je aku dilanda sakit gigi yang teramat sangat (alhamdulillah bukan’nya H1N1). Dan semestinyalah pipi aku nampak comel sekarang ni *damn. Tapi kalau dah sakit macam ni rasa je la kan since tak boleh nak elak dah pun. Kan baik kalau dia bagi tau aku awal-awal yang dia nak sakit? So sekarang ni, aku just tampal benda putih yang ada lubang2 kecik tu a.k.a plaster berubat untuk kurangkan sakit dan bengkak.

Keduanya.. Aku nak ucapkan tahniah kat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dan juga kesemua tenaga kerjanya (para penghasil animasi ler, sape lagi?) kerana saluran Disney telah bersetuju untuk menayangkan siri animasi 3D Upin dan Ipin serta filem Geng: Pengembaraan Bermula di 17 negara Asia Tenggara termasuk Korea. Korang memang bestlah. Sekarang ni aku gerenti para pembuat filem animasi kat hollywood sana mula tak senang duduk dengan pencapaian yang kalian hasilkan. Well done and keep it up.
Disampaikan oleh: myMetro

Ketiganya.. Jika kamu ingin memiliki iPhone 3G secara percuma, aku cadangkan supaya kamu menyertai 1 contest mudah yang dianjurkan oleh Exabytes (sebuah syarikat hosting terkemuka Malaysia) dengan syarat kamu wajib mempunyai blog (tak kisah blog BM atau BI). Caranya anda hanya perlu memberikan sokongan kepada kempen ‘I Love Malaysia’ 52nd Merdeka mereka dengan meletakkan badge mereka di blog kamu. Untuk lebih lanjut, kamu boleh usya di sini.
P/s: sungguh ringkas bukan? (more…)

Diterbitkan pada 7 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Breaking News, Contest, Miscellaneous | Komen: Ada 15 Comments.