
Salam semua..
Seperti yang korang dah sedia maklum, Contest Lekat & Menang yang aku buat beberapa hari lepas sudahpun tamat dan alhamdulillah penyertaan boleh tahan menggalakkan termasuklah penyertaan dari beberapa blogger yang dah boleh dikatakan agak femes. Ini membuktikan yang blogger Malaysia sememangnya sempoi2 belaka dan tak pernah nak ‘berlagak diva’. Yeah!.
Setakat aku tulis entri ni, seramai 93 blogger dah submit penyertaan & mungkin ianya jumlah keseluruhan penyertaan. So korang yang join contest tu sila rujuk di sini untuk nengok sama ada nama korang tersenarai ke dak. Kalau tak tersenarai tu, sila bagi tau sebelum masuk 16hb yer dan sebaiknya dengan kadar yang segera supaya senang aku nak update.
Pemilihan pemenang. Ok! Yang ni aku akan buat selepas 15hb sebab nak complete’kan dulu sticky post untuk penyertaan yang disubmit pada 13hb. Kalau takde pape, insyaAllah korang akan tahu pemenangnya sebelum atau pada 18hb. Tapi tang ni aku tak janji. So, kesabaran korang adalah sangat-sangat diharapkan. Kalau korang nak tahu on the spot selepas keputusan diumumkan, intai-intai la twitter aku yer. (more…)
Diterbitkan pada 14 January '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Miscellaneous | Komen: Ada 10 Comments.
Mungkin anda tidak mengenali siapakah gerangan’nya Encik Megat ini kerana beliau bukanlah seorang artis seperti Aizat yang baru je menang Anugerah Juara Lagu yang ke-24 semalam mahupun Maria Ozawa yang sentiasa menjadi buruan penggila video lucah diluar sana. Walaupun anda tidak mengenali beliau, namun saya sangat berharap agar anda dapat terus membaca entri ini.

Al-kisah bermula.. Selepas saya membaca post bertajuk Tangisan Aku, Isteri Dan Anak-anak yang ditulis sendiri oleh Encik Megat di blog beliau beberapa hari lepas, saya rasa terpanggil untuk mengajak anda semua untuk sama-sama membantu Encik Megat dalam meringankan beban yang sedang ditanggung oleh beliau sekeluarga atau dalam bahasa mudahnya memberi sumbangan dalam bentuk kewangan walaupun anda tidak mengenali beliau.
Kenapa perlu dibantu? Ada baiknya anda baca sendiri post yang ditulis oleh beliau itu untuk merasa lebih fill seperti apa yang saya rasakan.
Saya faham, memang agak sukar untuk kita memberikan bantuan kepada orang lebih-lebih lagi jika orang tersebut tidak kita kenali. Malah mungkin ada diantara anda yang akan berkata “aku pun susah jugak, takde sape pun nak tolong. Inikan pulak nak tolong orang”. Namun dalam situasi Encik Megat ni, saya berharap sesangat agar anda buang jauh-jauh ‘mindset’ tersebut dan bukakanlah hati untuk menghulurkan sedikit sumbangan (sedekah) walaupun hanya RM1 asalkan kita ikhlas. Siapa tahu, dengan RM1 yang kita sedekah’kan itu, pintu rezeki kita akan terbuka lebih luas (dengan izin Allah S.W.T).
Selain sumbangan peribadi yang anda berikan secara terus, anda juga boleh membantu mengumpul lebih banyak dana untuk disumbangkan kepada Encik Megat dengan beberapa cara seperti kat bawah ni. So, sokongan dari anda semua adalah sangat-sangat diharapkan. (more…)

Diterbitkan pada 11 January '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Must Read | Komen: Ada 12 Comments.