Aduyai, dah lama tak update blog rupanya. Apa dah jadi ngan aku sekarang ni agaknya yer? Nak kata takde masa, tapi 24 jam dok ngadap komputer. Nak kata busy, Wan bukan seorang yang berkerjaya pun. Cuma seorang penganggur tak bertauliah saja. Entah la, mungkin ada sebab lain yang Wan sendiri terlepas pandang kot sampai Wan boleh lupa nak update blog ni. Hurm..
Hari ni plak satu hari Wan jalan-jalan kat KK tanpa tujuan walaupun pada awalnya Wan dah merancang nak stay kat Labuan sebab ada sambutan Pesta Air. Tapi entah la, Wan rasa macam tak best je nak pergi pesta air tu. Mungkin sebab artis yang dijemput tak menarik minat Wan kot walaupun mereka adalah juara AF iaitu Mawi dan Mila. Huhu..
Nak taip apa lagi yer? Ermmm, rasanya cukup la setakat ni je kan. Sekurang-kurangnya Wan dah update blog hampeh ni dan korang pun tak pulang dengan tangan kosong setelah singgah di sini. Yay! So, jom la layan lagu Madu Tiga versi Ahmad Dhani kat bawah ni.
Adeh, tak tahu plak nak update apa kat blog yang super duper popular ni. Yay! Maklumlah, Wan masih dalam mood Maulidur Rasul, jadi takde idea yang masuk. Serius, Wan tak tipu. Hehehe.. Actually Wan nak post pasal lagu Agnes Monica yang kononnya boleh merosakkan akidah tu tapi macam dah terlambat la pulak sebab sana sini dah tulis pasal benda ni. Jadi, kira agak mustahil la kalau korang yang ngaku kaki internet ni tak tau pasal perkara ni.
Cuma apa yang dapat Wan komen, lagu itu sebenarnya tidak bertujuan untuk memesongkan akidah umat Islam secara langsung tapi ianya adalah lagu khusus untuk agama Kristian (Katolik). Cuma penggunaan perkataan Allah sebagai kata ganti bagi tuhan adalah perkara biasa di sana, maksud Wan Indonesia. Tidak kira muslim mahupun non-muslim. Jadi, kita tidak boleh berbuat apa-apa selain memberi peringatan antara satu sama lain supaya tidak mendengar lagu tersebut. Dan Alhamdulillah, Malaysia mengharamkan penggunaan Allah dalam kitab penganut agama Kristian yang ingin diterjemahkan kedalam bahasa Melayu.
Oleh hal yang demikian, daripada korang dengar lagu Agnes Monica tu dan juga lagu-lagu dari seberang, lebih baik korang dengar lagu Sujud yang dinyanyikan oleh Mawi featuring KRU kat bawah ni dan hayatilah bait-bait lirik lagu tersebut walaupun korang tak minat sangat ngan suami Ekin tu kerana bagi Wan secara peribadi, lagu Sujud ini memberi banyak pengajaran dan peringatan yang sangat bermanfaat untuk kita semua. Jadi, jangan kasi lama.. play la