Tag Archives: malaysian online contest

Berita baik buat semua blogger Malaysia. Contest Weblog Popular 1Malaysia anjuran Denaihati yang sepatutnya tamat pada 30. September lepas telah dilanjutkan sehingga 31. Oktober 2009 atas kehendak ramai. Ini bermakna, peluang kamu untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan masih terbuka luas dengan syarat kamu menyertai contest tersebut.
Dengan lanjutan ini juga, Wan bercadang mahu memberi kamu hadiah saguhati sekiranya kamu menyertai atau mempromosi contest tersebut dan menjadikan blog Wan ini sebagai referrence. Namun begitu, Wan memerlukan 50 orang volunteer bagi melayakkan antara kamu memenangi hadiah tersebut. Jika kamu mahu menjadi salah seorang daripadanya, sila hantar emel kepada Wan di azizwan.com@gmail.com dan Wan akan bagi 1 artikel yang sudah siap ditulis kepada kamu. Apa yang perlu kamu lakukan hanyalah copy artikel tersebut dan paste kat blog kamu. Mudah kan?
Hadiah yang Wan tawarkan berupa wang tunai RM50 berserta pakej pengiklanan percuma selama 30 hari di Zon Artis yang mana ianya untuk 3 pemenang. Pemenang akan dipilih secara undian ‘zaman batu’ yang akan dilakukan oleh Wan sendiri. Ini bermakna, jika blog kamu tertulis pada salah satu antara 3 kertas yang diundi kelak, maka kamulah yang akan memenangi hadiah tersebut. (more…)
Diterbitkan pada 2 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest | Komen: Ada 2 Comments.
Contest tamat! Jawapan dah ada kat bawah.
Hi semua, selamat datang ke contest teka gambar. Hehe.. Actually ini adalah entri salingan sementara Wan menunggu streamyx Wan pulih semula plus untuk mengisi blog yang dah lama tak berupdate. Huhu.. Oh ya, just nak mention yang part 1 tu saja Wan letak kot-kot bulan depan streamyx Wan problem lagi, so boleh ler buat contest teka gambar part 2 plak kan dan begitulah seterusnya. Kool kan? Hahaha..
Ok, kat bawah ni Wan bagi 1 gambar dan soalan untuk kamu jawab. Caranya senang je, kamu hanya perlu perati gambar tu betul-betul berdasarkan soalan yang Wan berikan. Bila dah tau, tuliskan saja jawapannya kat ruangan komen bawah tu. Misalnya jawapan untuk soalan tu adalah ayam, direct je tulis ayam. Tak perlu nak letak description, slogan dan segala bagai yang entah apa-apa ntah. Mudah kan?

soalan: Signboard (dikaburkan) apakah yang berada kat belakang mamat tu?
Syaratnya hanya satu iaitu seorang hanya layak memberi 1 jawapan sahaja. Ya, satu jawapan sahaja. Tapi kalau kamu memang suka buat dosa dan berhajat nak tambah dosa, silakanlah bagi lebih dari satu jawapan sebab Wan takkan semak ip kamu. Kalau jawapan kamu betul, kamu tetap dapat hadiah yang Wan tawarkan iaitu RM10 (tunai terus ke akaun maybank atau topup buat kamu yang takde akaun maybank). (more…)
Diterbitkan pada 28 September '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest | Komen: Ada 10 Comments.
Jap tadi Wan cek emel dan dapat emel forward dari DenaiHati yang memaklumkan bahawa Wan telah menerima duit berjumlah RM80.40 daripada beliau. So, saja Wan tuliskan entri ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana dengan baik hatinya telah memberi ‘duit poket’ kepada Wan. Sekali lagi, thank you so much ya!

PROMO: Kalau kamu nak menang duit juga, apa kata kamu join contest Weblog Popular 1Malaysia yang beliau anjurkan. Caranya sungguh mudah asalkan kamu mempunyai blog tak kira dah lama atau baru je siap dimana kamu hanya perlu nominate satu blog sebagai Weblog Popular 1Malaysia. Untuk contoh pencalonan, kamu boleh lihat di sini.
Oh ya, selepas ini berkemungkinan besar blog ini hanya akan dimuatkan dengan entri yang ringan-ringan belaka. Jadi jangan ditanya kalau ada entri yang bunyinya seperti (more…)
Diterbitkan pada 12 September '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Make Money | Komen: Ada 12 Comments.
Semasa entri ini ditulis, hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi seluruh umat Islam di Malaysia especially akan berpuasa dan sesudah itu pastinya kita akan menyambut kedatangan Syawal pulak. Ketibaan 1 Syawal pastinya hari yang penuh bermakna buat kita semua kerana ianya sebagai tanda kemenangan kita setelah sebulan berpuasa.

Bercakap mengenai Syawal (raya ler), Wan percaya yang kamu semestinya mahu ianya disambut dengan meriah malah mahu pintu rumah dibuka seluas-luasnya untuk mengalu-alukan kunjungan tetamu lebih-lebih lagi buat sanak-saudara yang jarang bersua-muka dan tentunya rakan-rakan.
Tahun ini, kamu mungkin akan merasai lebih kemeriahan menyambut Syawal dengan Beraya Gaya Mamee bilamana kamu berpeluang untuk membuat Rumah Terbuka yang mana ianya akan dijayakan oleh Mamee Sllrrrp. Segala hidangan untuk Rumah Terbuka itu nanti akan disiapkan sepenuhnya oleh Mamee untuk lebih 100 tetamu. Wow! Meriah tu.
Dan apa yang lebih menarik dengan Rumah Terbuka itu nanti, ianya turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang selebriti antaranya Mila (juara AF5), Hafiz (juara AF7), Aril (naib juara AF7) dan barisan penyampai radio Era. Fuh, gerenti havoc la Rumah Terbuka tu nanti dan Wan pasti Beraya Gaya Mamee tersebut akan menjadi-jadi. (more…)
Diterbitkan pada 10 September '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebration, Contest, Nuffnang | Komen: Ada 12 Comments.

First of all, Wan harap kamu abaikan saja gambar kat atas ni sebab ianya memang takde kaitan dengan entri ni. Ye la, entri ni actually nak maklumkan keputusan contest lucky draw yang pernah berlangsung kat Zon Artis beberapa minggu lalu dan bukannya nak tulis entri sambut new year pun sampai perlu gambar percikan bunga api macam kat atas tu. Huhu.. Dah penat menggoogle tapi tak juga jumpa-jumpa gambar yang sesuai, last-last gambar itu juga jadi pilihan. Bak kata Allahyarham P.Ramlee, hentam je la labu..
Ok la, Wan taknak celoteh pepanjang so ada baiknya kita terus saja kepada keputusan untuk contest lucky draw Zon Artis tu dimana Wan diberi mandat untuk melakukan proses pemilihan pemenang melalui kaedah cabutan bertuah menggunakan service random.org. Ini kerana Wan menjadi salah seorang penaja (yoyo’oh je penaja) untuk contest tersebut. Dan keputusannya adalah seperti yang akan kamu lihat kat bawah ni.
Tapi sebelum tu Wan nak mention sket, kepada kamu yang tak tahu akan kewujudan Zon Artis dan juga contest yang mereka anjurkan tu, mungkin kamu akan berasa pelik dan hairan dengan entri ini. So, Wan rasa ada baiknya kalau kamu buat tak tahu je sebab kamu takde nombor tiket pun nak nengok samada kamu menang ataupun tak. Tapi kalau nak layan juga, aiman tak kisah. Huhu.. Kepada kamu yang ada tiket tu, bolehlah teruskan.
Dan keputusannya ialah: (more…)

Diterbitkan pada 13 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest | Komen: Ada 21 Comments.