Jawatan kosong kerajaan untuk dirembat

Actually aku nak update pasal kereta ayah aku yang hancur berkecai akibat terbabas kat tepi jalan Jumaat lepas dek ke’bengong’an si peminjam yang very the lemau. Dah tahu tak terer bawa kereta power stering, berlagak juga nak bawak laju-laju. Ha, ambik ko. Tapi memandangkan takde gambar nak tunjuk kat kamu, so biarlah ia jadi sejarah tak bertulis saja. Maklumlah, kalau aku cakap saja tanpa bukti (gambar) mesti kamu susah nak percaya kan? Adat la tu.. Sekarang kereta tu dah kat workshop so tak bolehlah nak beraksi dengan’nya lagi. Nasib baik ada sang kancil, kalau tak.. Tak tau la macam mana nak hidup.
Ok la. Memandangkan takde benda aku nak update, so kat entri kali ini aku just nak senaraikan beberapa jawatan kosong yang berkaitan dengan kerajaan untuk kamu apply (maksudnya samada kerajaan penuh atau separa kerajaan dan yang paling penting, bukan kerja dok diam-diam dapat duit macam bisnes ni. Hehe). Oh ya, kesemua permohonan untuk jawatan yang aku senaraikan akan tamat pada bulan Ogos ni. That’s mean, masih ada lagi masa untuk kamu membuat permohonan. Apa yang penting, jangah berlengah. Itu je. Hehehe.. Jadi kepada kamu yang tengah dok cari kerja macam aku ni, marilah usya jawatan apa yang ada untuk dirembat. (more…)


