Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: Kota A Famosa

azizwan(dot)com dah kembali seperti biasa

Alhamdulillah.. Setelah lebih kurang 2 minggu blog ini gagal diakses disebabkan berlakunya masalah yang tidak dapat dielakkan pada server provider, akhirnya ia berjaya juga dipulihkan seperti sedia kala setelah beberapa ketika ianya menjadi Kota A Famosa a.k.a pusat tinggalan sejarah.

Pada awalnya aku tak expect ianya masalah yang serius sebab benda-benda macam ni biasa berlaku kat mana-mana hosting berbayar even ianya adalah server paling profesional yang wujud kat atas muka bumi ni. Tapi bila dah berlarutan sampai 3 hari, tak senang duduk juga dibuatnya. Aku pun cuba la tanya kat owner kenapa boleh jadi macam ni. Tapi sedihnya.. YM takde respon, SMS tak berbalas dan calling hanya si gadis operator je yang jawab. Kecewa bukan kepalang dan sakit hati semestinya ada. Tapi nak buat macam mana, hanya itu je yang mampu aku buat. Takkan plak aku nak berhabis beratus riggit beli tiket flight semata-mata nak jumpa pihak server untuk dapatkan jawapan.

Tunggu punya tunggu, masih takde jawapan sehinggalah server berjaya dipulihkan lebih kurang seminggu kemudian. Time tu terubat la sedikit luka dihati sebab dah boleh masuk ke blog sendiri. Tapi terkejut beruk siot bila blog yang dah berisi tiba-tiba kosong seperti baru diwujudkan. Terdetik kat hati, what the fish? Walaupun aku tau kandungan blog aku ni tak sehebat blog kau, tapi siapa tak sayang dengan benda yang dihasilkan oleh diri sendiri tiba-tiba hilang macam tu saja. Sekali lagi aku cuba tanya kat pihak server samada database aku masih ada dalam simpanan mereka sebab aku tak buat backup, namum semuanya masih sama seperti yang dah aku tulis kat atas. Apa yang boleh aku lakukan, hanya tunggu.. tunggu.. dan tunggu..

(more…)

Diterbitkan pada 7 June '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Make Money, Picture | Komen: Ada 14 Comments.

My Best Thing In 2008

Belum terlambat rasanya untuk Wan mengucapkan salam Maal Hijrah (1430 Hijrah) kepada semua umat Islam terutama kepada kau yang sedang membaca blog sengal ini. Semoga setiap penghijrahan yang kita lakukan akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T. InsyaAllah. Tapi jangan kau berhijrah dari yang baik kepada yang tak baik sudah la ye.

Hari ini sudah 30/12/2008 dan hanya tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum angka 2008 itu bertukar kepada 2009 berdasarkan kalendar Gregory. Dan ini bermakna, jika panjang umur kita akan melalui lagi 1 tahun yang kita sendiri belum tahu apa yang akan berlaku.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa agar yang terbaik sentiasa berpihak kepada kita walaupun kau sedia maklum yang Allah S.W.T sudah menjanjikan yang terbaik kepada umatnya tetapi jika tidak diiringi dengan usaha, doa dan tawakal pasti ianya bukan suatu yang mudah untuk diperolehi. Apa yang penting lagi, sentiasalah percaya kepada Qada dan Qadar kerana kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang tetapi Allah S.W.T juga yang menentukan.

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 30 December '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal, Picture | Komen: Ada 34 Comments.