Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: josh lim

(Open case) Adverlets bayar atau tak?

Advertlets

Setelah sekian lama (tak ler lama mana pun) Wan meletakkan iklan Advertlets kat salah satu blog Wan yang tak berapa nak tinggi page impression’nya, akhirnya semalam tercapai juga nilai minimum untuk Wan membuat cash out. Mulanya Wan ingat nak kumpul dulu duit tu sampai beratus-ratus (dapat ke?) baru cash out tapi memandangkan ini kali pertama (YA! kali pertama) Wan boleh cash out duit iklan dari local advertising network ditambah lagi dengan khabar angin yang kurang enak mengenai Advertelats ni, so Wan fikir ada baiknya Wan cash out’kan saja hasil yang Wan dapat tu untuk nengok sejauh mana Advertlets jujur dengan perkhidmatannya. Dan tanpa membuang masa, Wan telahpun membuat cash out sebentar tadi.

Advertlets Cash Out
tak banyak pun kan?

Berbalik kepada persoalan samada Advertlets membuat bayaran ataupun tak, Wan masih belum ada jawapannya. Tapi sejak Wan mengikuti perkembangan Advertlets ni, terlalu banyak blog (nak tahu blog mana? google ler) yang menulis dan menyatakan bahawa Advertlest adalah scam dimana mereka tidak menerima sebarang bayaran yang sepatutnya mereka terima. Oleh itu, saja Wan tulis entri open case ini untuk melihat sejauh mana kebenaran tersebut. Adakah ianya fakta atau auta semata-mata kerana kalau kita just dengar dan lihat tapi tak mengalaminya sendiri, sungguh tak adil bukan untuk judge yang Advertlets ni adalah scam. So, kita tunggu hasilnya dalam tempoh 2 bulan ini untuk mengetahui apakah jawapannya.

Release tension jap. Antara Nuffnang dan Advertlets, mana yang lebih baik untuk dipilih? Jika soalan ni diajukan kepada Wan yang belum pernah mengalami ‘tragedi hitam’ dengan kedua-dua advertising ni, seriously Wan akan cakap meletakkan iklan Advertlets adalah satu tindakan dan pilihan yang sangat bijak ditambah lagi jika traffik blog sekadar bolehlah macam blog ni. Itu belum lagi kalau blog mendapat impression yang tinggi. Nak dapat RM10 sehari memang no hal lah dengan Advertlets ni. (more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 11 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Advertlets, Blog, Make Money | Komen: Ada 40 Comments.