
Cakap saja Facebook, Wan gerenti kamu semua especially yang sedang membaca entri ni tahu apakah menatang’nya Facebook tu malah Wan juga percaya ada diantara kamu yang sudahpun mempunyai akaun Facebook. Betul tak? Yang belum ada akaun Facebook tu, sila angkat tangan yer. Jadi senang sket Jabatan Perangkaan nak buat bancian nanti. Hahaha.. Gurau je.
Tapi bila ditanya mengenai latar belakang dan motif Facebook ni diwujudkan, sekali lagi Wan gerenti hampir semua user Facebook terutamanya daripada Malaysia tidak mengetahuinya. Dan tidak ‘terlebih sudah’ jika Wan katakan yang mereka tak pernah pun nak ambik tahu. Yang mereka tahu hanyalah add friend, approve request, main farmville dan segala macam yang ada kat FB tu.
Oleh itu, saja Wan tuliskan entri ni untuk berkongsi kepada kamu semua lagi-lagi buat kamu yang masih tak tahu mengenai Facebook ni dengan membaca apa yang Wan sertakan kat bawah ni. Boleh kan? (more…)
Diterbitkan pada 19 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Must Read | Komen: Ada 22 Comments.

Nampaknya perjalanan awal Wan di eBay kelihatan sedikit goyah kerana banyak (lebih tepat hampir kesemuanya) item yang Wan senaraikan masih belum menerima sebarang bidaan. Tapi Wan sentiasa berfikiran positif yang situasi tersebut adalah asam garam dalam perniagaan kerana Wan percaya mereka yang telah berjaya sekarang ini pun pastinya pernah mengalami situasi yang sama. Betul kan otai-otai eBay sekalian?
Dan untuk yuran penyenaraian item yang kini sudah hampir mencecah RM40 itu akan Wan anggap sahaja sebagai modal untuk memulakan perniagaan. Tapi jika perbelanjaan sentiasa melebihi keuntungan, maka terpaksalah Wan mengambil jalan mudah dengan menarik diri dari meneruskan perjalanan di eBay ini. Hahahaha.. Oh ya, semasa entri ini ditulis, 2 jenis item yang Wan senaraikan telahpun menerima bidaan. Setinggi mana jumlah bidaan itu tidak penting kerana apa yang penting bagi Wan ialah memastikan kesemua item yang Wan senaraikan itu terjual. Huhu
(more…)

Diterbitkan pada 11 January '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Muslim, Must Read, Personal | Komen: Ada 12 Comments.