Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: internet

Minggu yang sungguh sibuk dan tak banyak masa untuk online

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Hi guys, apa khabar hari ni? Hopefully korang sihat la yer. InsyaAllah. Dan sebelum korang layan entri ntah apa-apa ntah aku kali ni, aku nak tanyalah, korang dah usya blog Apiih (ala, yang slumber je promo blog beliau kat blog aku ni. huhu..)?

Lately aku agak ketiadaan masa meng’onlinekan diri sampaikan blog aku yang tak femes ni pun aku tak terlayan apatah lagi blog korang yang super femes tu kan. Malah nak baca kesemua entri yang terpilih as entri terbaik untuk contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL pun tak menyempat *sigh. Sorry yer bro Denaihati, bukan aku sengaja tapi serius aku tak boleh nak elak. Kalau la aku dapat online seperti biasa, pastinya aku akan jadi orang pertama yang memberikan undian untuk entri yang layak dinobatkan as entri terbaik. Huhu..

Dipendekkan cerita, seminggu dua ni aku sibuk tolong akak aku bersihkan tempat tinggal baru mereka sekeluarga. Tak cukup hanya bersihkan, kena tolong punggah barang yang dah diangkut dari tempat tinggal lama pulak. Lepastu, kena pulak tolong atur barang-barang tu kat tempat yang sepatutnya. Fuh, betul-betul mengerah keringat dowh. Korang bayangkanlah, dari rumah kosong tetiba korang kena letak barang-barang kat dalam tu siap kena jadi interior designer tak bertauliah. Penat beb! Sekarang pun tak habis lagi. (more…)

Diterbitkan pada 7 February '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal | Komen: Ada 8 Comments.

Personas Memang Cool

Personas for Firefox

Sila baca baik-baik yer, bukan petronas tapi personas. Takde maknanya Wan nak promosi petronas kat blog yang popular ni, bukan dapat apa-apa royalty pun. Huhu.. Ok, apa itu personas? Personas ni ialah Wan sendiri pun tak tahu apekah bendanya. Haha.. Tapi secara umum dapatlah Wan takrifkan yang ianya adalah baju kepada firefox. Yay! Sendiri bagi takrif tu bai.

Cuba korang lihat sendiri screenshot kat atas tu, Wan yakin yang korang semestinya tertanya-tanya macam mana Wan buat benda alah tu kan? Hehe.. Kepada yang dah tau tu, Wan tabik spring kat korang dan sememangnya korang adalah manusia yang sangat cool. Tapi sal korang tak bagi tahu awal-awal lagi akan kewujudan menatang ni kat Wan? Dush skali kat muka. huhu..

Nak tahu macam mana nak buat benda ni? Teruskanlah membaca. Tapi sebelum tu korang layan la dulu beberapa contoh image yang Wan screenshot kat bawah ni. Saja nak bagi korang cuci mata plus buang masa. Hehe.. Layan..

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 21 April '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Fun & Jokes, Miscellaneous, Tutorial | Komen: Ada 22 Comments.