Perlukah Malaysia hulurkan bantuan kepada Indonesia?

Rasanya kamu pun dah sedia maklum yang negara jiran kita iaitu Indonesia baru sahaja mengalami bencana alam yang sangat dahsyat (terutamanya di Bandara Minangkabau, Padang) sehingga mengorbankan banyak nyawa serta merosakkan harta-benda. Keadaan ini telah menyebabkan Indonesia ‘terpaksa’ meminta bantuan luar untuk meringankan beban mangsa dan Malaysia telah bersedia untuk memberikan bantuan.
Namun begitu, atas ketegangan yang berlaku baru-baru ini terutamanya mengenai isu Tarian Pendet yang digunakan Discovery Channel untuk siri dokumentari Enigmatic Malaysia sehingga menyebabkan Jalur Gemilang (bendera Malaysia) dibakar dan wujudnya skuad “Sweeping Malaysia” di Indonesia, banyak pendapat yang mengatakan bahawa Malaysia tidak sepatutnya menghantar bantuan kepada Indonesia.
Berikut adalah antara pendapat tersebut:
buang masa jer tolong….. skuad sweeping malaysia yg pakai buluh runcing tu mana? mana 200 juta rakyat indon? bawakla batik banyak-banyak kat situ… leh buat tarian pendet skali… hiburkan mangsa gempa bumi tu…. 200 juta org pon mau mintak bantuan luar ke?
bagai bagi susu tapi di balas tuba, umpama melepaskan anjing yg tersepit, duri dalam daging, musut dalam selimut, gunting dalam lipatan – sesuai untuk orang2 indon…tak payah tolong la…dia orang bakar bendera Malaysia tanpa berfikir panjang mengenai sensitiviti rakyat Malaysia (more…)



