Tag Archives: hosting terbaik

Ni nak buat iklan sat..
Korang merupakan seorang pelajar (tak kira la korang pelajar sekolah rendah ke, pelajar sekolah menengah ke, pelajar kolej ataupun pelajar universiti) dan inginkan sebuah hosting dan domain tanpa perlu mengeluarkan kos? Jika YA, apa kata korang sertai BE GREEN CONTEST yang dianjurkan oleh syarikat hosting nombor 1 Malaysia iaitu Exabytes dimana korang berpeluang untuk memenangi sebuah hosting pakej pelajar {Xtudent package} beserta 1 domain secara percuma untuk setahun.
Contest ini sangat mudah dimana anda hanya perlu LIKE Facebook Exabytes, Upload gambar BE GREEN CONTEST yang disediakan kat wall Exabytes, tag 9 orang kawan (lebih lagi bagus) dan dapatkan 9 LIKE terhadap gambar yang korang upload tu. Lengkap semua syarat, korang dah boleh claim hosting dan domain korang dengan mengisi borang yang disediakan. Tunggu dalam tempoh 48 jam untuk pihak Exabytes hantar emel yang disertakan dengan ‘redeem code’ kat korang. Itu aje.

Selain dapat hosting dan domain percuma untuk setahun, korang juga berpeluang untuk memenangi sebuah iPad (diulang sekali lagi, sebuah iPad) yang berharga RM1899. Tak nak ke? Kalau la aku ni masih bergelar pelajar kan, dah sah-sah aku join contest ni tanpa perlu fikir panjang. Yer la, dah la boleh dapat hosting dan domain semudah buka kulit kacang je, ada peluang plak lagi untuk menang sebuah iPad. Oh! Kan bagus kalau Exabytes buka untuk sesiapa sahaja. Huhu..
Rasanya korang pun dah tak nak buang masa lagi, jadi ada baiknya korang pergi terus ke laman BE GREEN CONTEST untuk baca lebih lanjut cara dan syarat penyertaan. Sebelum terlupa, nak bagi tahu yang contest ni akan tamat pada 22 November 2010. So, tunggu apa lagi? Sertailah sekarang!
Baca ni pulak: Exabytes – Penyedia Hosting Terbaik Untuk Semua
Diterbitkan pada 16 November '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest | Komen: Ada 24 Comments.

Hi, bertemu kita kembali setelah agak lama tidak bersiaran. Sedar tak sedar, dah hampir sebulan blog ni tak ber’update yer. Bapak lama tu kan? Tapi, aku rasa seronok plak bila lama tak update blog ni. Sebabnya aku tak perlu nak fikir hari ni nak update apa? esok update apa? dan lusa plak nak update apa? Sungguh tak menyerabutkan otak wa cakap lu. Hehee..
Baiklah! Entri ni just nak bagi tahu kat korang semua especially yang dah korek tabung nak sewa hosting tu supaya berfikir semasak-masaknya sebelum meleburlaburkan duit korang untuk menyewa hosting murah plus dari syarikat yang dikendalikan secara persendirian. Maksudnya, tidak mempunyai staff untuk backup kelancaran operasi syarikat.
Dari pemerhatian aku, penjual hosting murah lebih cenderung meletakkan (dalam bahasa kasarnya, menyumbat) banyak website dalam satu server (shared hosting). Sebab tu, bila ada mana-mana blog atau website yang overused, kesemua blog yang ada kat server tu akan menerima tempiasnya. Malah yang lebih ketara, bila terlalu banyak blog dimuatkan ke dalam satu server, pastinya server tersebut akan mempunyai beban yang sangat besar. Sebab tu tak hairan bila blog yang menggunakan hosting murah selalu mengalami masalah. Lainlah kalau 1 blog sahaja yang menggunakan server tersebut tanpa perkongsian bijak. (more…)
Diterbitkan pada 13 March '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Tips | Komen: Ada 26 Comments.
Nota: Ini adalah entri re-publish. Entri asal dan kesemua komen yang diberikan sebelum ini telah hilang akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. So, aku minta maaf bebanyak diatas kesilapan tersebut.

Huh.. Dah lama rupanya Wan tak ngupdate blog ni. Mesti kamu dah bosan masuk blog ni kan? Huhu.. Biasalah, Wan pun tak tahu kenapa boleh jadi lagu tu. Nak kata bz tak juga sebab ada je masa lapang Wan sampai tak tahu nak buat apa dengan masa yang ada tu. Hurm.. Maybe sebab takde benda yang boleh Wan tulis kot. Tu yang buat-buat ingat tak ingat kat blog ni. Huhu.. Kesian kau blog dapat owner yang hampeh.
Okeh! Macam title kat atas tu, Wan nak maklumkan kat korang semua yang Wan sudah berpindah hosting. Ya, berpindah hosting. Jika sebelum ini Wan menggunakan My Online Hoster, tapi kini Wan dah menggunakan Sepaku Hosting. Ini bermakna, blog picisan Wan ni dah dok under Sepaku Hosting. Yeah!
Kenapa Wan pilih Sepaku Hosting? Serius, soalan ni agar sukar untuk dijawab (buat masa sekarang) kerana Wan pun baru je guna hosting ni. Belum pun sampai 3 hari semasa entri ni ditulis. Tak masuk akal la kan kalau Wan cakap hosting ni bagus dan blablabla. Tapi dari review yang pernah Wan baca dari pelanggan yang dah menggunakan Sepaku Hosting ni, Wan percaya bahawa Sepaku Hosting ni adalah antara yang terbaik dalam kelompok terbaik. Faham kan? Oh ya, kalau nak baca review tersebut, kamu boleh baca di sini yer. (more…)
Diterbitkan pada 9 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Review | Komen: Ada 6 Comments.

Alhamdulillah.. Setelah lebih kurang 2 minggu blog ini gagal diakses disebabkan berlakunya masalah yang tidak dapat dielakkan pada server provider, akhirnya ia berjaya juga dipulihkan seperti sedia kala setelah beberapa ketika ianya menjadi Kota A Famosa a.k.a pusat tinggalan sejarah.
Pada awalnya aku tak expect ianya masalah yang serius sebab benda-benda macam ni biasa berlaku kat mana-mana hosting berbayar even ianya adalah server paling profesional yang wujud kat atas muka bumi ni. Tapi bila dah berlarutan sampai 3 hari, tak senang duduk juga dibuatnya. Aku pun cuba la tanya kat owner kenapa boleh jadi macam ni. Tapi sedihnya.. YM takde respon, SMS tak berbalas dan calling hanya si gadis operator je yang jawab. Kecewa bukan kepalang dan sakit hati semestinya ada. Tapi nak buat macam mana, hanya itu je yang mampu aku buat. Takkan plak aku nak berhabis beratus riggit beli tiket flight semata-mata nak jumpa pihak server untuk dapatkan jawapan.
Tunggu punya tunggu, masih takde jawapan sehinggalah server berjaya dipulihkan lebih kurang seminggu kemudian. Time tu terubat la sedikit luka dihati sebab dah boleh masuk ke blog sendiri. Tapi terkejut beruk siot bila blog yang dah berisi tiba-tiba kosong seperti baru diwujudkan. Terdetik kat hati, what the fish? Walaupun aku tau kandungan blog aku ni tak sehebat blog kau, tapi siapa tak sayang dengan benda yang dihasilkan oleh diri sendiri tiba-tiba hilang macam tu saja. Sekali lagi aku cuba tanya kat pihak server samada database aku masih ada dalam simpanan mereka sebab aku tak buat backup, namum semuanya masih sama seperti yang dah aku tulis kat atas. Apa yang boleh aku lakukan, hanya tunggu.. tunggu.. dan tunggu..
(more…)

Diterbitkan pada 7 June '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Make Money, Picture | Komen: Ada 14 Comments.