Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: hosting paling bagus

Hosting murah! Fikir dulu sebelum sewa

Hosting murah dan stabil

Hi, bertemu kita kembali setelah agak lama tidak bersiaran. Sedar tak sedar, dah hampir sebulan blog ni tak ber’update yer. Bapak lama tu kan? Tapi, aku rasa seronok plak bila lama tak update blog ni. Sebabnya aku tak perlu nak fikir hari ni nak update apa? esok update apa? dan lusa plak nak update apa? Sungguh tak menyerabutkan otak wa cakap lu. Hehee..

Baiklah! Entri ni just nak bagi tahu kat korang semua especially yang dah korek tabung nak sewa hosting tu supaya berfikir semasak-masaknya sebelum meleburlaburkan duit korang untuk menyewa hosting murah plus dari syarikat yang dikendalikan secara persendirian. Maksudnya, tidak mempunyai staff untuk backup kelancaran operasi syarikat.

Dari pemerhatian aku, penjual hosting murah lebih cenderung meletakkan (dalam bahasa kasarnya, menyumbat) banyak website dalam satu server (shared hosting). Sebab tu, bila ada mana-mana blog atau website yang overused, kesemua blog yang ada kat server tu akan menerima tempiasnya. Malah yang lebih ketara, bila terlalu banyak blog dimuatkan ke dalam satu server, pastinya server tersebut akan mempunyai beban yang sangat besar. Sebab tu tak hairan bila blog yang menggunakan hosting murah selalu mengalami masalah. Lainlah kalau 1 blog sahaja yang menggunakan server tersebut tanpa perkongsian bijak. (more…)

Diterbitkan pada 13 March '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Tips | Komen: Ada 26 Comments.

azizwan(dot)com dah berpindah hosting. Yay!

Nota: Ini adalah entri re-publish. Entri asal dan kesemua komen yang diberikan sebelum ini telah hilang akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. So, aku minta maaf bebanyak diatas kesilapan tersebut.

New Hosting

Huh.. Dah lama rupanya Wan tak ngupdate blog ni. Mesti kamu dah bosan masuk blog ni kan? Huhu.. Biasalah, Wan pun tak tahu kenapa boleh jadi lagu tu. Nak kata bz tak juga sebab ada je masa lapang Wan sampai tak tahu nak buat apa dengan masa yang ada tu. Hurm.. Maybe sebab takde benda yang boleh Wan tulis kot. Tu yang buat-buat ingat tak ingat kat blog ni. Huhu.. Kesian kau blog dapat owner yang hampeh.

Okeh! Macam title kat atas tu, Wan nak maklumkan kat korang semua yang Wan sudah berpindah hosting. Ya, berpindah hosting. Jika sebelum ini Wan menggunakan My Online Hoster, tapi kini Wan dah menggunakan Sepaku Hosting. Ini bermakna, blog picisan Wan ni dah dok under Sepaku Hosting. Yeah!

Kenapa Wan pilih Sepaku Hosting? Serius, soalan ni agar sukar untuk dijawab (buat masa sekarang) kerana Wan pun baru je guna hosting ni. Belum pun sampai 3 hari semasa entri ni ditulis. Tak masuk akal la kan kalau Wan cakap hosting ni bagus dan blablabla. Tapi dari review yang pernah Wan baca dari pelanggan yang dah menggunakan Sepaku Hosting ni, Wan percaya bahawa Sepaku Hosting ni adalah antara yang terbaik dalam kelompok terbaik. Faham kan? Oh ya, kalau nak baca review tersebut, kamu boleh baca di sini yer. (more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 9 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Review | Komen: Ada 6 Comments.