Tag Archives: HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Hanya tinggal kurang dari 48 jam sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2010. Ini bermakna, entri ini mungkin adalah entri yang terakhir untuk tahun ni atau dalam bahasa mudahnya entri penutup untuk tahun 2009.
Straight to the point. Misi gagal yang aku maksudkan di sini adalah mengenai cabaran buat duit melalui blog yang pernah aku canangkan sebelum ini. Kalau korang mengikuti blog aku ni sejak 6 bulan lepas, rasanya korang tahu kot mengenai cabaran tersebut.
Ok, kenapa gagal? Sebabnya target untuk mendapatkan RM3k dalam tempoh 6 bulan tidak berjaya kerana semasa entri ini ditulis, aku hanya berjaya mengumpul RM1368.05. Itupun selepas aku cashout earning Nuffnang aku. Kalau tak, memang tak merasa la boleh dapat jumlah tu. Huhu.. (more…)
Diterbitkan pada 30 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal | Komen: Ada 34 Comments.
Tarikh hari ni 25. Disember 2009 dan rasanya korang pun tahu perayaan apa yang diraikan setiap kali tibanya tarikh ni kan. So, tak perlu la aku bagi tahu apa perayaan tu kot since dah ada hint kat tajuk atas tu. Huhu.. Tapi kalau ada juga antara korang yang masih tak tahu, rajin-rajin la meng’google yer. Ngeh..
Ok la, memandangkan blog aku ni dah hampir seminggu tak berupdate gara-gara takde benda nak diceritakan, ni aku sajikan kat korang dengan koleksi Google Doodle sempena Krismas tahun ni. Nak layan? Silakan.

Released pada: 22. Disember 2009 (more…)
Diterbitkan pada 25 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebration, Picture | Komen: Ada 13 Comments.

Memandangkan aku takde benda nak update, maka sesaja aku luangkan sket masa untuk update benda ni. Huhu.. Dari apa yang aku perhatikan, blog korang akan berada pada top rank di www.google.com untuk keyword HIDUP BERANI UNTUK GAGAL jika…
1) Blog korang berbahasa Inggeris
2) Blog korang menggunakan hosting US
3) Blog korang mempunyai PR yang tinggi
Tapi aku tak sure apa yang aku tulis ni betul ataupun tak sebab aku tulis ni pun sekadar suka-suka je. Maklumlah, blog aku dah jauh terkebelakang dalam perlumbaan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni. Kiranya entri ni untuk sedapkan hati sendiri je. Huhu.. (more…)
Diterbitkan pada 19 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Fast Update | Komen: Ada 37 Comments.
Nota: Ini adalah entri re-publish. Entri asal dan kesemua komen yang diberikan sebelum ini telah hilang akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. So, aku minta maaf bebanyak diatas kesilapan tersebut.

Ok, ni aku nak update sket pasal contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dah aku post sebelum ni dan juga sedikit ‘ganjaran’ daripada aku buat korang yang dah menyertai contest tersebut dan mengetahuinya melalui blog aku. Maknanya aku sebagai referral la tu. Huhu..
1. Pihak penganjur telah menukar syarat untuk menentukan top rank untuk keyword HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Jika sebelum ini kedudukan ditentukan melalui www.google.com.my tapi memandangkan contest tersebut terbuka kepada semua blogger kat seluruh dunia, maka ianya telah ditukar kepada www.google.com. Untuk lebih lanjut, korang boleh lihat DI SINI
2. Korang yang menyertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni dan mengetahuinya daripada blog aku, secara automatik akan menerima satu slot iklan bersaiz 200 x 78 kat sidebar tu dan akan diletakkan selama 30 hari. Kalau takde banner size tu, korang boleh je bagi apa-apa size dan ianya akan diresize. (more…)
Diterbitkan pada 9 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest | Komen: Ada 4 Comments.
Nota: Ini adalah entri re-publish. Entri asal dan kesemua komen yang diberikan sebelum ini telah hilang akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. So, aku minta maaf bebanyak diatas kesilapan tersebut.

Sebelum bermula, Wan nak announce sket yang mulai dari entri ini Wan akan menggunakan kata ganti nama aku bagi menggantikan Wan yang dah setahun (lebih sebenarnya) Wan gunakan kat blog ni.
Back to topic. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Apa yang korang faham dengan ayat tersebut? Opsss. Maaf! Sebenarnya tak perlu pun aku mengutarakan pertanyaan tersebut kerana aku percaya korang yang sedang membaca entri ini faham apakah yang dimaksudkan dengan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini bukan? Malah ada antara korang yang menjadikannya sebagai prinsip hidup. Kan? Bohonglah kalau korang kata korang tidak tahu melainkan korang baru je dilahirkan semalam. Hee..
Bagi aku, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni memberi pengaruh yang sangat besar terhadap minda separa sedar kita kerana secara tidak langsung, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dapat membuka minda separa sedar kita bahawa untuk mencapai matlamat hidup, kita haruslah berani untuk menerima kegagalan walaupun kita semua tahu bahawa kegagalan itu sesuatu yang pahit untuk ditelan.
Itu bagi aku. Bagi korang pula, aku tak tahu sebab aku pasti pengertian kita terhadap HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini tidak sama. Namun, aku berani katakan yang motifnya hanya satu iaitu BERANI GAGAL demi MENCAPAI KEJAYAAN atau dalam ayat panjangnya, kita sanggup mengambil risiko dengan melakukan sesuatu perkara yang belum pasti apa kesudahannya (hasil) dan telah bersedia dengan apa sahaja yang berlaku kerana apa yang kita harapkan tidak selalunya akan kita perolehi. Faham kan? Ke aku je yg syok sendiri. Haha.. Lantaklah! (more…)

Diterbitkan pada 9 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Freedom Talk | Komen: Ada 22 Comments.