
Pic taken from here
Assalamu’alaikum W.B.T
Pejam celik, pejam celik, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita umat Islam kat Malaysia ni dan beberapa negara yang sewaktu dengannya akan menyambut kedatangan Syawal 1432H yang dijangka jatuh pada 30 Ogos 2011 (Selasa). Oleh itu, aku mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua yang kebetulan membaca entri yang aku tulis ini.
Aku juga menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada kawan-kawan yang dok selalu usya blog syok sendiri aku ini dan semua yang pernah membaca entri-entri kat blog ni. Manalah tahu ada entri yang aku tulis kat blog ni telah menyinggung perasaan dan menyakiti hati anda secara sedar atau tanpa sedar, secara langsung ataupun tidak langsung. Harap dimaafkan yer dan jangan disimpan di dalam hati.
Kepada yang balik ke kampung halaman tu lebih-lebih lagi yang bawak kenderaan sendiri, pandu elok-elok. Amalkan pemanduan berhemah di jalan raya dan paling penting, banyak-banyakkan bersabar. Ingat orang tersayang. Semoga selamat sampai ke kampung dan in advance, selamat kembali juga nanti. InsyaAllah. Akhir kata, selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Selamat bergembira. (more…)
Diterbitkan pada 28 August '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebration, Must Read, Personal | Komen: Ada 1 Comment.

Assalamu’alaikum W.B.T
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya dan sesudah itu seluruh umat Islam terutamanya kat Malaysia ni akan menyambut 1 Syawal yang dijangkakan akan jatuh pada hari Jumaat (10. September 2010). Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Syawal tahun ini akan jatuh pada hari Khamis. Entah la, dengar pengumuman dari penyimpan mohor-mohor besar sudah. Lagipun aku tak kisah bila raya sebab baju raya aku untuk tahun ni tak siap lagi. Sob3.
Baiklah, aku tulis entri ni bukan nak melalut tapi cuma ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda semua yang membaca ataupun terbaca entri ini. Aku juga dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon maaf daripada anda semua andainya aku pernah melakukan kesilapan. Maklumlah, aku hanya manusia biasa yang pastinya tak pernah lepas dari melakukan kesilapan samada ianya secara sengaja ataupun tidak. So, harap dimaafkan. (more…)
Diterbitkan pada 7 September '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebration, Muslim, Personal | Komen: Ada 19 Comments.

Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya dan lepas tu opkos la syaitan dah boleh senyum semula. Huhu.. Alhamdulillah, puasa tahun ni Wan takde sangkut. Cuma banyak mana ganjaran puasa yang Wan dapat tu tak tahulah since Wan selalu ter’tidur sampai tak hingat dunia. Huhu.. Kamu camne pula? Dan bila Ramadhan sudah melabuhkan tirainya, pastinya seluruh umat Islam kat Malaysia ni serta negara-negara yang sama waktu dengan’nya akan menyambut Syawal pulak.
Oleh itu, sempena Syawal a.k.a Hari Raya yang bakal tiba ini, Wan terlebih dahulu mengambil kesempatan menyusun 10 jari memohon maaf zahir dan batin kat kamu semua especially korang yang selalu meng’uysa blog picisan ni. Maklumlah, ada kalanya jari Wan ini terlepas taip dan tak pasal-pasal ada yang terasa hati dengan entri yang Wan tuliskan. Begitu juga dengan komen-komen yang pernah Wan tuliskan di blog kalian. Anggap saja apa yang Wan tuliskan itu seperti Wan membaling bola ke dinding dan melantun semula kepada Wan atau dalam bahasa mudahnya sebagai peringatan untuk diri sendiri juga.
Wan dah minta maaf ni, tak sah pula rasanya kalau Wan tau minta maaf je tapi tak reti nak maafkan korang pulak kan. Huhu.. So, di entri ini Wan dengan ikhlasnya dah maafkan korang kerana Wan percaya yang kita semua’nya sama. Tak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Yer la, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri (eh, apa kaitan? hahaha). Kadang-kadang apa yang kita lakukan adalah gurauan semata-mata tapi tak sangka pula gurauan tersebut membuat orang lain terasa hati. So, dalam tak sedar kita dah buat kesalahan di situ. Betul tak? (more…)

Diterbitkan pada 17 September '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebration, Personal | Komen: Ada 19 Comments.