Tag Archives: hadiah wang tunai
Contest tamat! Jawapan dah ada kat bawah.
Hi semua, selamat datang ke contest teka gambar. Hehe.. Actually ini adalah entri salingan sementara Wan menunggu streamyx Wan pulih semula plus untuk mengisi blog yang dah lama tak berupdate. Huhu.. Oh ya, just nak mention yang part 1 tu saja Wan letak kot-kot bulan depan streamyx Wan problem lagi, so boleh ler buat contest teka gambar part 2 plak kan dan begitulah seterusnya. Kool kan? Hahaha..
Ok, kat bawah ni Wan bagi 1 gambar dan soalan untuk kamu jawab. Caranya senang je, kamu hanya perlu perati gambar tu betul-betul berdasarkan soalan yang Wan berikan. Bila dah tau, tuliskan saja jawapannya kat ruangan komen bawah tu. Misalnya jawapan untuk soalan tu adalah ayam, direct je tulis ayam. Tak perlu nak letak description, slogan dan segala bagai yang entah apa-apa ntah. Mudah kan?

soalan: Signboard (dikaburkan) apakah yang berada kat belakang mamat tu?
Syaratnya hanya satu iaitu seorang hanya layak memberi 1 jawapan sahaja. Ya, satu jawapan sahaja. Tapi kalau kamu memang suka buat dosa dan berhajat nak tambah dosa, silakanlah bagi lebih dari satu jawapan sebab Wan takkan semak ip kamu. Kalau jawapan kamu betul, kamu tetap dapat hadiah yang Wan tawarkan iaitu RM10 (tunai terus ke akaun maybank atau topup buat kamu yang takde akaun maybank). (more…)
Diterbitkan pada 28 September '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest | Komen: Ada 10 Comments.
Jap tadi Wan cek emel dan dapat emel forward dari DenaiHati yang memaklumkan bahawa Wan telah menerima duit berjumlah RM80.40 daripada beliau. So, saja Wan tuliskan entri ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana dengan baik hatinya telah memberi ‘duit poket’ kepada Wan. Sekali lagi, thank you so much ya!

PROMO: Kalau kamu nak menang duit juga, apa kata kamu join contest Weblog Popular 1Malaysia yang beliau anjurkan. Caranya sungguh mudah asalkan kamu mempunyai blog tak kira dah lama atau baru je siap dimana kamu hanya perlu nominate satu blog sebagai Weblog Popular 1Malaysia. Untuk contoh pencalonan, kamu boleh lihat di sini.
Oh ya, selepas ini berkemungkinan besar blog ini hanya akan dimuatkan dengan entri yang ringan-ringan belaka. Jadi jangan ditanya kalau ada entri yang bunyinya seperti (more…)
Diterbitkan pada 12 September '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Make Money | Komen: Ada 12 Comments.

Entri yang aku tuliskan kali ini sekali lagi adalah untuk mempromosi contest sekaligus mengajak kamu untuk menyertainya. Sebelum ni aku promo contest untuk DiGi Speak Up Malaysia yand sudah pun aku sertai dan kali ini pula aku promo Contest Weblog Popular 1Malaysia yang dianjurkan di blog Denaihati.
Apakah tujuan contest Weblog Popular 1Malaysia ini dianjurkan?
Tujuan utama contest ini dianjurkan adalah untuk membantu owner blog Denaihati selaku penganjur contest ini untuk mencari Weblog Popular 1Malaysia supaya beliau dapat menambah ilmu menguruskan blog dengan lebih baik berdasarkan weblog popular yang dicalonkan dari setiap penyertaan.
Apakah hadiah yang ditawarkan untuk contest Weblog Popular 1Malaysia ini?
Hadiah yang ditawarkan untuk contest ini boleh aku katakan sungguh lumayan kerana pihak penganjur menyediakan wang tunai keseluruhan berjumlah RM5,000 (lima ribu ringgit malaysia). Satu jumlah yang jarang malah tidak pernah ditawarkan oleh para blogger even usahawan internet sekalipun. (more…)
Diterbitkan pada 10 July '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest | Komen: Ada 21 Comments.

Kalau korang adalah pelawat tegar blog ni (ada ke?), aku percaya korang mesti pernah membaca entri ini kan lagi-lagi yang tinggalkan komen tu. Yer la, dah tinggalkan komen mestilah dah bacakan. Huhu.. Oleh itu, pada entri kali ini aku ingin maklumkan kepada kamu semua bahawa aku adalah …
Tapi sebelum tu aku nak cerita sket. Contest tersebut telah bermula lebih kurang sebulan yang lepas dan dengan sah’nya tamat pada 05. Jun tepat jam 12am. Setelah beberapa hari berdebar-debar menantikan keputusannya, akhirnya malam semalam owner blog Denai Hati menyatakan melalui twitter yang keputusan telah diumumkan.
Dengan penuh debar dan berat hati samada nak tengok atau pun tak keputusan tersebut, akhirnya aku gagahi jua untuk melihatnya kerana aku terlalu excited untuk mengetahui samada nama aku tersenarai atau tidak sebagai salah seorang pemenang contest tersebut. Al-maklumlah, yg sertai contest tu bukan aku seorang.
(more…)
Diterbitkan pada 16 June '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest, Personal | Komen: Ada 13 Comments.

Hadiah sehingga RM500 untuk dimenangi. Fuh, sape tak teruja beb? Tengok saja angka RM500 tu dah tak senang duduk dibuatnya. Memang rugi tolak peluang yang dah ada depan mata walaupun ianya belum pasti akan dimenangi. Tapi kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia kadang2 ada, kadang2 takde (apakah? haha). Ini bermakna, mencuba lebih baik dari tak buat apa-apa right?
Hadiah tersebut mungkin akan menjadi milik korang apabila korang menyertai contest yang dianjurkan oleh owner blog Denaihati. Oleh hal yang demikian, entri ini adalah entri penyertaan untuk contest tersebut dan Wan sangat berharap agar ianya diterima oleh pihak penganjur kerana Wan yakin hadiah itu akan menjadi milik Wan. Huhu..
Ok, malas nak cakap panjang sebab syarat contest tu tak minta buat karangan pun. Cukup bagi jawapan je katanya. Huhu.. So, berikut adalah jawapan untuk setiap soalan yang diajukan:
(more…)

Diterbitkan pada 16 May '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest | Komen: Ada 14 Comments.