Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: Google

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-52. Merdeka!

Merdeka

Saja update blog dengan benda ni sebab takde apa-apa yang dapat Wan tuliskan semenjak dua menjak ni. Kamu pun perasan kan? Huhu.. Oleh itu, Selamat Hari Kebangsaan (merdeka la tu) yang ke-52 Wan ucapkan buat negara Malaysia yang Wan cintai. Uhuk..uhuk..

Oh ya, alang-alang dah tulis entri pendek ni nak tambah la sket. Kat twitter tadi masing-masing sibuk nak tulis apa diorang punya pengertian mengenai merdeka. So, kalau kamu rajin, tulislah apa erti merdeka bagi kamu kat komen bawah tu yer. Ada berani? Hehehe..

Erti Kemerdekaan
Ini update ohtweet yang punya. Hahaha..

Dan kat bawah ni pulak adalah Malaysian Google Doodle sempena merdeka yang ke-52 Malaysia. Boleh tahan kool eh! (more…)

Diterbitkan pada 31 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebration, Freedom Talk | Komen: Ada 8 Comments.

Penting sangat ker visitor yang mencanak?

Penting sangat ker visitor yang mencanak?

Just a short entry maybe. Kalau kamu follow blog ni, pastinya kamu dah tahu yang entri sebelum ni aku post aku nyer visitor statistik untuk bulan lepas (Julai) yang menunjukkan bilangan pelawat a.k.a visitor yang masuk ke blog ini kan. So, entri yang aku tulis kali ni ada sedikit kaitan dengan entri tersebut since ada beberapa komen yang buatkan aku terfikir untuk wujudkan entri ni.

Ok la, kat entri lepas tu ada beberapa rakan blogger yang handsome dan lawa tanya kat aku yang noob ni macam mana cara aku untuk mendapatkan pelawat blog atau dalam bahasa mudahnya nakkan tips dari aku. Tapi aku dengan rasa rendah diri nak bagi tau la yang aku memang tak layak nak bagi tips bab-bab menjana trafik ni since trafik blog aku ni tak la hebat mana pun. Nanti aku share, tak pasal-pasal je otai-otai blogger kat luar sana memperlekehkan aku. Pedihkan kalau kena ka batang hidung? So, biarlah mereka yang semamangnya layak sahaja bagi tips kat kamu. Nak tahu siapa yang layak, google lah. Hehehe..

Adeh, panjang plak aku meleret. Huhu.. Ok, back to topic. Memandangkan mereka dah tanya soalan macam tu yang mana bagi aku mereka juga sememangnya mahukan trafik yang ‘MENCANAK’ datang ke blog mereka. Jadi kat sini aku nak minta pendapat kamu semua yang aku pasti rata-ratanya adalah blogger iaitu penting sangat ker visitor yang mencanak-canak ni? Oleh itu, kalau kamu ada masa terluang dan sudi untuk share kat kami semua mengenai topik perbincangan kali ini, silalah tuliskannya kat kotak komen bawah tu yer. Tapi kalau tak sudi tu takpe lah sebab aku faham apa sangatlah blog aku ni kan. Huhu (more…)

Diterbitkan pada 4 August '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Freedom Talk, Miscellaneous | Komen: Ada 34 Comments.

Google: Tempat Kerja Yang Hebat

Selepas Wan mengeluarkan entri yang bertajuk MLM Perniagaan Kotor beberapa hari lepas, dengan tidak disangka-sangka unique visitor yang datang ke blog ini melambung berkali ganda berbanding pada hari-hari biasa. Sebagai orang baru, tipu jika Wan tidak gembira plus hidung kembang kempis dengan peningkatan itu. Hehehe..

Tapi yang sedihnya, tak ramai diantara mereka yang sudi memberikan pendapat dan pandangan mengenai topik (video sebenarnya) itu. Kepada mereka dan juga kau mungkin yang telah memberikan pendapat, jutaan terima kasih Wan ucapkan. Semoga ianya memberi ruang dan peluang untuk difikirkan bersama.

Dan dikesempatan ini juga Wan ingin mendoakan agar Aidil Zafuan Abdul Radzak (kau kenal ke sape mamat ni?) berbahagia dengan isteri beliau iaitu Rita Rudaini Mokhtar yang telahpun sah bergelar suami isteri sejak bulan februari lepas. Adoyai, lambatnya kau dapat maklumat Wan. Tok kadi kat Songkhla, Thailand dah tau pun yang mereka ni sudah sah sebagai suami isteri. Ah, tak kisahlah sebab tok kadi tu bukannya Wan. Sedangkan keluarga beliau sendiri baru sahaja tahu, inikan pula Wan yang langsung takde kaitan. Huhu..

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 18 December '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Google, Picture | Komen: Ada 22 Comments.