Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: free money

Jom sertai Catcheye

Dah pernah dengar pasal Catcheye? Kalau dah baguslah. Kalau tak lagi, maybe kamu tak perasan kewujudannya kot. Maklumlah, benda ni pun baru lagi malah masa Wan taip entri ni pun Catcheye tu tak release lagi. Ngeh.. So, buat kamu yang tak tahu lagi pasal Catcheye ni tapi terasa nak tahu, apa kata kamu baca entri Wan kali ni. Itupun kalau kamu rajin la. Huhu..

Apa itu Catcheye

Catcheye adalah sebuah platform iklan online yang memungkinkan pengiklan untuk menghantar iklan mereka dalam cara yang sangat berkesan. Platform penghantaran iklan Catcheye menjamin bahawa setiap iklan yang dilihat oleh unik dan sukarela pemerhati. Sebagai imbuhannya, mereka akan mendapat Catcheye mata reward yang dapat ditukarkan dengan wang tunai dan / atau hadiah lainnya. Pemirsa juga diminta untuk menjawab 3 soalan mudah yang berkaitan dengan iklan yang dipaparkan, sehingga memperkuat kesan dan pemahaman mereka tentang mesej yang disampaikan. (more…)

Diterbitkan pada 24 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Make Money, Promotion | Komen: Ada 20 Comments.

Beraya Gaya Mamee

Semasa entri ini ditulis, hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi seluruh umat Islam di Malaysia especially akan berpuasa dan sesudah itu pastinya kita akan menyambut kedatangan Syawal pulak. Ketibaan 1 Syawal pastinya hari yang penuh bermakna buat kita semua kerana ianya sebagai tanda kemenangan kita setelah sebulan berpuasa.

Beraya Gaya Mamee

Bercakap mengenai Syawal (raya ler), Wan percaya yang kamu semestinya mahu ianya disambut dengan meriah malah mahu pintu rumah dibuka seluas-luasnya untuk mengalu-alukan kunjungan tetamu lebih-lebih lagi buat sanak-saudara yang jarang bersua-muka dan tentunya rakan-rakan.

Tahun ini, kamu mungkin akan merasai lebih kemeriahan menyambut Syawal dengan Beraya Gaya Mamee bilamana kamu berpeluang untuk membuat Rumah Terbuka yang mana ianya akan dijayakan oleh Mamee Sllrrrp. Segala hidangan untuk Rumah Terbuka itu nanti akan disiapkan sepenuhnya oleh Mamee untuk lebih 100 tetamu. Wow! Meriah tu.

Dan apa yang lebih menarik dengan Rumah Terbuka itu nanti, ianya turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang selebriti antaranya Mila (juara AF5), Hafiz (juara AF7), Aril (naib juara AF7) dan barisan penyampai radio Era. Fuh, gerenti havoc la Rumah Terbuka tu nanti dan Wan pasti Beraya Gaya Mamee tersebut akan menjadi-jadi. (more…)

Diterbitkan pada 10 September '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebration, Contest, Nuffnang | Komen: Ada 12 Comments.

Jom sama-sama buat DUIT tanpa modal

Unstoppable List Building
Gambar asal adalah kepunyaan bro Rohaizad

Dah nengok gambar Ashraf Sinclair dan BCL semasa berbulan madu? Kalau belum nengok, baguslah dan aku sangat-sangat mencadangankan supaya kamu jangan menengoknya kerana gambar-gambar itu langsung tak boleh blah plus tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak malah selayaknya dapat air ludah je kot. Huhu.. Kalau kamu nak nengok juga, it’s up to you. Hehe.. Dan sekadar untuk makluman, Akhil Hayy dan Maizatul telahpun sah bercerai dengan talak satu.

Back to topic.. Di sini aku nak ajak kamu untuk sama-sama menjana pendapatan $1 (one dollar) yang pertama melalui internet tanpa melibatkan sebarang kos atau dalam erti kata lain tanpa modal yakni dengan menyertai program Pay Per Lead yang dibuat oleh Justin Michie (International IM).

Bunyinya agak pelik kerana $1 itu terlalu besar nilainya untuk diberi begitu sahaja, tapi ianya adalah benar. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Dan ini adalah peluang untuk kita semua menjana $1 yang pertama melalui internet. Sangat-sangat menarik bukan? (more…)

Diterbitkan pada 17 July '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Make Money | Komen: Ada 12 Comments.

Jom sertai contest Weblog Popular 1Malaysia anjuran Denaihati

Weblog Popular 1Malaysia

Entri yang aku tuliskan kali ini sekali lagi adalah untuk mempromosi contest sekaligus mengajak kamu untuk menyertainya. Sebelum ni aku promo contest untuk DiGi Speak Up Malaysia yand sudah pun aku sertai dan kali ini pula aku promo Contest Weblog Popular 1Malaysia yang dianjurkan di blog Denaihati.

Apakah tujuan contest Weblog Popular 1Malaysia ini dianjurkan?

Tujuan utama contest ini dianjurkan adalah untuk membantu owner blog Denaihati selaku penganjur contest ini untuk mencari Weblog Popular 1Malaysia supaya beliau dapat menambah ilmu menguruskan blog dengan lebih baik berdasarkan weblog popular yang dicalonkan dari setiap penyertaan.

Apakah hadiah yang ditawarkan untuk contest Weblog Popular 1Malaysia ini?

Hadiah yang ditawarkan untuk contest ini boleh aku katakan sungguh lumayan kerana pihak penganjur menyediakan wang tunai keseluruhan berjumlah RM5,000 (lima ribu ringgit malaysia). Satu jumlah yang jarang malah tidak pernah ditawarkan oleh para blogger even usahawan internet sekalipun. (more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 10 July '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest | Komen: Ada 21 Comments.