
Ok! Sebelum ni aku ada bagi tahu kat korang kenapa aku nak sangat memiliki iPhone 4 kan? (yang semestinyalah dengan plan iDigi). Jadi untuk entri kali ini aku nak share pula beberapa apps yang memang aku akan download punya bila dah ada iPhone 4 nanti (nanti tu tak tau la bila. Kui3).
Antara Apps yang memang dah ada dalam list aku sekarang ni ialah:
iPhone 4 Social Networking Apps
*Semestinyalah ini App pertama sekali yang ‘wajib’ aku download. Kata nak layan social network via iPhone. Hee.. Antara iPhone 4 Social Networking Apps yang menjadi pilihan tu ialah.
1. Facebook – Bila dah ada apps ni, bolehlah aku ber’Facebook pada bila-bila masa dengan lebih mudah tanpa perlu membuka Encik Apple. Yer la, takkan 24 jam aku nak bawak Encik Apple aku tu untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan Facebook, update status dan chat ngan kawan-kawan kan? So, Apps inilah penyelesaian’nya. (more…)
Diterbitkan pada 25 September '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: DiGi, Nuffnang, Review | Komen: Ada 10 Comments.

Ok! Ini adalah entri suka-suka je (walaupun korang dah sedia maklum yang kebanyakkan entri kat blog ni memang entri suka-suka, tetap nak bagi tahu juga. Huhu). Saja nak ‘bongkar rahsia’ kenapa aku dah jarang update blog ni. So, bila korang nengok blog ni tak berupdate untuk satu tempoh yang agak lama, automatik korang pun tahu apa sebabnya. Ok lah, kalau korang rajin nak baca, silakanlah. Kalau tak, Aiman kata dia tak kisah.
Berikut antara sebab kenapa aku dah jarang meng’update blog ni.
Idea selalu stuck – Well, ini adalah perkara normal yang sentiasa dialami oleh kebanyakkan blogger dan aku tak terlepas dari mengalaminya. Bila idea dah stuck tu, memang susah nak update blog walaupun banyak je benda yang nak dibloggingkan. Baru taip tak sampai 3 baris, idea dah hilang entah ke mana. Jadi, dari aku buang masa nengok dashboard tu, better aku padam je dan log out. Habis cerita. (more…)
Diterbitkan pada 23 September '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal | Komen: Ada 13 Comments.

Cakap saja Facebook, Wan gerenti kamu semua especially yang sedang membaca entri ni tahu apakah menatang’nya Facebook tu malah Wan juga percaya ada diantara kamu yang sudahpun mempunyai akaun Facebook. Betul tak? Yang belum ada akaun Facebook tu, sila angkat tangan yer. Jadi senang sket Jabatan Perangkaan nak buat bancian nanti. Hahaha.. Gurau je.
Tapi bila ditanya mengenai latar belakang dan motif Facebook ni diwujudkan, sekali lagi Wan gerenti hampir semua user Facebook terutamanya daripada Malaysia tidak mengetahuinya. Dan tidak ‘terlebih sudah’ jika Wan katakan yang mereka tak pernah pun nak ambik tahu. Yang mereka tahu hanyalah add friend, approve request, main farmville dan segala macam yang ada kat FB tu.
Oleh itu, saja Wan tuliskan entri ni untuk berkongsi kepada kamu semua lagi-lagi buat kamu yang masih tak tahu mengenai Facebook ni dengan membaca apa yang Wan sertakan kat bawah ni. Boleh kan? (more…)
Diterbitkan pada 19 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Must Read | Komen: Ada 22 Comments.
yazug68hkf

Sejak kebelakangan ni, tetiba plak aku excited sangat nak buka akaun Facebook. Yer la, sana sini je cakap pasal facebook. Tak pun, asal masuk je kat blog mesti ada menepek widget facebooK. Tak masuk lagi yang promo kat twitter suruh add. huhu.. Tu yang buat aku tertarik tu tambahan lagi sekarang ni facebook dah bagi option kat penggunanya untuk short’kan URL facebook masing-masing berdasarkan username pilihan berbanding sebelum ni yang panjang berjela macam gerabak keretapi tu.
Ekceli, ada beberapa sebab mengapa sampai sekarang aku masih takde akaun mukabuku yang semakin menjadi kegilaan masyarakat kat seluruh dunia ni. Mula-mula dulu aku cakap malas nak daftar sebab aku dah bosan nak main social networking ni walaupun aku cuma ada 1 je akaun social networking iaitu friendster yang kini semakin berhabuk aku tinggalkan. Cuma login bila nak reply comment kengkawan je. Tak ke dahsyat tu? Huhu.. Sebab tu la aku malas dah nak tambah social networking yang seterusnya.
Lepas tu terbaca pulak macam-macam benda yang kurang enak pasal facebook ni, tambah la aku takde mood nak buka akaun facebook tu even ianya adalah 100% percuma. Antaranya bila butiran dan data-data yang kita berikan tu disimpan oleh pihak-pihak tertentu especially yang dok belakang tabir facebook ni untuk rujukan depa. Secara mudahnya bila berlaku apa-apa atau mereka ingin membuat bancian, mereka akan membuat rujukan dari butiran dan data yang telah diberikan. Untuk lebih lanjut, boleh baca di sini
(more…)

Diterbitkan pada 26 June '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal, Website | Komen: Ada 28 Comments.